PERLUKAH REHEARSAL? Buang Masa?

Ramai yang tidak ambil berat perihal isu persediaan apatah lagi ‘rehearsal.’

Ramai yang merasakan ‘rehearsal’ adalah kerja-kerja mereka yang baru bertatih dalam dunia bijak berbicara.

Ramai juga menganggap ‘rehearsal’ adalah sesuatu yang membuang masa dan tenaga.

Baiklah, bayangkan anda cuma tinggal 3 minit sebelum bicara bermula. Dan saat itu baru anda tersedar betapa anda tidak tahu banyak perkara seperti kedudukan skrin putih, lokasi rostrum dan konsep pergerakan bicara anda. Dada tiba-tiba berombak. Minda bercelaru. Panik.

Dan percayalah, orang yang panik tidak mampu melakukan yang terbaik ketika berbicara. Kesilapan demi kesilapan akan dilakukan.

Mudahnya begini. Apakata anda meluangkan sedikit masa untuk meninjau tempat yg anda bakal beraksi berbicara? Bergantung kepada prestij program tersebut. Jika ia melibatkan ribuan orang dan banyak pihak, sehari sebelum program adalah selewat-lewatnya ‘rehearsal.’ Jika program tersebut anda biasa kendalikan, memadai dengan anda sampai awal ke tempat tersebut dan memahami situasi di situ.

Minda anda perlu mendahului mulut yg berbicara. Maknanya, anda mesti terlebih dahulu dapat bayangkan apa yang bakal berlaku dan apa yang bakal diucapkan sebelum ia betul-betul berlaku dan betul-betul diucapkan!

Tuntasnya, ‘rehearsal’ itu penting. Titik.

ANDA BIJAK BERBICARA!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *