CAKAP POSITIF? Nak Buat Apa?

Contoh :

ALHAMDULILLAH! Hari ini semuanya cemerlang! Semuanya positif! Dan semuanya bahagia!

Berita baik datang bertalu-talu! Nikmat menghujani hidup. Bersyukur menjadi zikir bibir dan hati. Memberi sudah menjadi hobi. Diri ini positif dan membuatkan orang lain positif. InsyaAllah.

Islam itu cantik. Tetapi dicemburui.
Melayu itu hebat. Tetapi didengki.
Malaysia itu nikmat. Tetapi dikhianati.

Tidaklah adil untuk ku sekadar memerhati, berdiam diri dan memaki sana & sini. Situasi ini memerlukan tindakan. Bukan menggigit jari tetapi bangkit mengharungi cabaran dengan strategi. Strategi yang terlaksana di atas rasa berserah diri dan tawakkal yang tinggi kepada Allah Yang Maha Tinggi.

#ampacitujihad
#ampacoachbadr

PERSOALANNYA MENGAPA? APA PERLUNYA BERDEKLARASI POSITIF PAGI INI?

Saya pernah ditanya oleh seseorang tentang hobi saya menulis dan memaparkan statement yang dikenali sebagai Deklarasi Positif Pagi (selepas ini dipanggil DPP…hehe). Apa faedahnya? Dan ada kesan ke? Atau sekadar nak menunjuk-nunjuk?

Baiklah, hari ini saya akan bongkar rahsia di sebalik hobi saya ini. Hobi yang bagi saya telah merubah hidup saya daripada biasa-biasa menjadi luar biasa. Dan semestinya ini berlaku dengan izin dan bantuan Allah s.w.t..

DPP sebenarnya adalah satu bentuk self affirmation atau ikrar diri yang dihasilkan dengan penuh buakan emosi. Tulisan itu pula mengandungi kenyataan-kenyataan yang baik, positif dan bebas daripada perkataan negatif seperti tidak, bukan dan jangan. Alasannya mudah, otak tak mampu memproses dan membayangkan perkataan-perkataan tersebut. Jadi mana mungkin otak dapat menghasilkan getaran yang tepat.

DPP juga padat dengan statement yang bersifat general serta mampu merangkumi semua aktiviti yang dilakukan pada hari tersebut. Ia bukan meramal. Ia lebih kepada mengharap dan berdoa. Cuma matlamatnya adalah untuk menghantar mesej jelas kepada otak bahawasanya apa yg berlaku pada hari tersebut semuanya terbaik, terhebat dan positif!

Mengapa di waktu pagi? Kerana pagi adalah saat kritikal dalam kehidupan manusia. Perasan atau tidak, sekiranya dari pagi kita dah tension, sampai ke malam kita akan tension. Kan? Kalau dari pagi kita dah happy, insyaAllah sampai ke malam kita akan happy. Panjang ceritanya. Tetapi cukuplah dengan memahami DPP membantu kita membentuk minda positif dari awal pagi untuk terus kekal positif hingga ke malam hari.

Kesannya? Subhaanallah.

1. Kita lebih bersemangat dan emosi yang membuak-buak ketika ketika menulis atau menaip DPP ini langsung mengukir senyuman di bibir dan hati! Jadi berkobar-kobar nak mulakan hari tersebut. Serius! Tak tipu!

2. Kita membuatkan orang lain yang membaca turut menjadi positif! Daripada mereka menatap luahan perasaan yang entah apa-apa, caci maki yang tidak bertepi dan troll sana & sini, ada baiknya mereka set minda mereka sepositif kita! Pahala pun dapat! Dan anda sendiri menyebarkan aura positif dan mesej positif kepada yang lain. Hebat!

3. Kita akan jadi lebih positif dengan yg akan berlaku pada hari tersebut. Betul! Apa saja berlaku anda akan lihat ia sebagai satu berita baik. Walaupun puak-puak negatif mungkin melihat yg terjadi itu negatif untuk anda! Dan yang paling best, anda akan lebih bersyukur. Kerana apa yang anda tulis seolah-olah berlaku dengan cantiknya. Serius! Betul ni!

Rasanya setakat ini saja dulu. Banyak lagi kesan positifnya! Jom kita berDEKLARASI POSITIF PAGI!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *