Profile

Badr-GIF

Ahmad Badrul Sani bin Baharudin dilahirkan pada tanggal 25hb Februari 1983 di Pulau Pinang. Mendapat pendidikan awal di SK Seberang Jaya II dan SMKA Al-Irshad Pulau Pinang, beliau melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan undang-undang.

Beliau mula berkecimpung sebagai motivator sejak berusia 17 tahun selepas menjuarai Pertandingan Syarahan Peringkat Kebangsaan. Berbekalkan secebis pengalaman dan kemahiran, beliau kini berjuang dalam membangunkan modal insan di seluruh negara. Dari mleatih pelajar sekolah rendah sehinggalah C.E.O. syarikat terkemuka, Saudara Badrul Sani melakar kecemerlangannya tersendiri dengan memimpin masyarakat dalam menguasai kekuatan minda, motivasi dan seni berbicara.

Beliau juga popular dengan tulisannya yang kini memenuhi rak-rak jualan di kedai-kedai buku utama negara. BIJAK BERBICARA MENCUIT RASA merupakan buku sulungnya yang telah berjasa kepada ribuan pembaca dalam memahami dan mempraktikkan seni bicara yang cemerlang.

 

 

 

Saudara Badrul Sani juga menghasilkan produk-produk ilmiah yang lain seperti e-book, booklet dan VCD yang membimbing semua lapisan masyarakat dalam mencorakkan kejayaan dalam hidup mereka.

Malaysian Association of Professional SpeakersSaudara Badrul Sani juga merupakan seorang Professional Member untuk MAPS (Malaysian Association of Professional Speakers) dan pernah dilantik oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai jurulatih dalam seni komunikasi dan pidato. Beliau turut dijemput sebagai jurulatih untuk latihan pidato dan forum bagi Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) Seremban.

Beliau juga sering diundang untuk mengendalikan majlis raksasa seperti Rapat Umum Selamatkan Gaza di Stadium Malawati Shah Alam dan Stadium Seksyen 15 Bandar baru Bangi. Dan juga memberikan latihan kepada pegawai-pegawai kerajaan dan ahli-ahli korporat di seluruh negara. Antaranya memberikan ceramah kerohanian dan motivasi kepada Pegawai Tadbir Diplomat di INTAN, Bukit Kiara dan berkongsi tips dan panduan bersama para guru, kaunselor dan guru besar daerah Hulu Langat.

Wajah dan cerita beliau juga pernah dipaparkan di dada-dada akhbar. 

BaDR in Harian Metro

 

Dan beliau juga menggunakan kesempatan yang ada untuk mencurahkan khidmat menerusi laman blog dan juga akhbar bagi berkongsi kaedah untuk berjaya dalam pelbagai aspek.

Laman blognya dilawati oleh pelbagai lapisan masyarakat. Pelajar sekolah rendah, menengah, IPT, sehinggalah ke ahli-ahli korporat dan pegawai tinggi kerajaan.

Walaupun beliau tidak kerap muncul di kaca TV, tapi Saudara Badrul Sani begitu digemari kerana sikapnya yang selamba, santai dan sempoi. Beliau mampu membuatkan audiens ketawa dan kemudiannya menangis. Beliau mampu membuatkan audiens bermotivasi, terinspirasi dan bersemangat untuk berubah. Satu anugerah untuk membangunkan potensi ummah. Sejak Januari 2007 sehingga Oktober 2009 ini, seramai 32,500 orang telah menyertai seminar/program dan menerima sentuhan motivasi beliau tanpa mengira batasan umur, bangsa dan agama!

 

Apa kata mereka?

“Saya berasa enjoy dengan program ini. Pada pandangan saya ceramah ini adalah yg paling enjoy yg pernah saya hadiri. Pada mulanya saya berpendapat saya akan tidur tetapi dari mula ceramah hingga akhir setiap kali saya mendengar saya bersemangat dan diri saya berasa cergas. Walaupun di bulan Ramadhan tetapi Abg Badr tetap bersemangat. Saya suka tengok kesungguhan Abg Bad.”
DAYANG NOR SOLEHAH

“Abang Badr memang best bila buat lawak dan inspiring. Tapi bila part menangis dan tulis ikrar tu tersentuhh betuul la. Dia dah bagi saya kesedaran belajar yang selama ini saya tak kesah sangat. Thanks!”
NALISA (Calon UPSR 2008 SK Saujana Impian)

“I thought i’ll waste my time by being here, but suprisingly this is the most precious time in my life.”
AFDHAL ATIFF TAN

 “He’s talking from his heart. He’s extraordinary!”
MR. RAM

Apa kata beliau?

BaDR

 

“Salam semua! Saya cuma manusia biasa yang berimpian besar dalam membangunkan potensi manusia.  Saya miliki kelemahan tetapi bersungguh-sungguh dalam memperbaikinya. Saya juga miliki kelebihan dan bersungguh-sungguh dalam memanfaatkannya bersama anda semua!

Jika anda mahu, insyaAllah saya akan membantu!”

BADRUL SANI

 

 

 

 

 (Lawati laman-laman web yang berkaitan di segmen PAUTAN)

 

 

Sedikit Sedutan Sdr. BaDR beraksi!

 

Leave a Reply

(required)

(required)