Posted by BaDR on Jan 21, 2010 in
Pengumuman
Alhamdulillah… tak sampai 5 hari announcement dibuat, penyertaan Brilliant Parents’ Seminar sudah mencapai tahap maksimum. InsyaAllah, dengan modul & perkongsian yg Badr akan bentangkan 30 Jan 2010 ini, para peserta (ibu bapa & pelajar) akan memperoleh pelbagai manfaat dan tidak akan pulang dengan teori semata-mata…

Walaubagaimanapun, kepada ibu bapa yang ingin juga hadir, kami akan jalankan lagi Brilliant Parents’ Seminar pada masa akan datang. InsyaAllah ia akan diadakan pada bulan Februari 2010.
Nantikan pengumuman yg berikutnya atau terus masukkan nama anda dalam senarai pendek kami dengan SMS nama anda dan anak anda ke 012-4636461 sekarang!
Terima kasih semua atas sokongan yg diberikan!
Posted by BaDR on Jan 19, 2010 in
Pengumuman
Assalamualaikum dan salam sejahtera!
Saya menjemput anda semua untuk menyertai sebuah seminar perkongsian yang mampu membantu melonjakkan potensi akademik anak anda! Sila klik e-tiket di bawah untuk ke laman web BRILLIANT PARENTS’ SEMINAR!

Seminar Brilliant Parents
Siapa Cepat Dia Dapat!!!
Posted by BaDR on Jan 19, 2010 in
Tips Brilliant Students
Ya… apa-apa pun, mulakan seawal mungkin! Bukannya apa, kita ni cuma manusia biasa. Tak semestinya apa yg dirancang itu menjadi… Kerana sebaik-baik perancangan adalah Allah s.w.t.. Jadi ubahlah sikap bertangguh atau buat kerja last minute…Yang penting mula awal…

Kejayaan Tidak Dicipta Dalam Tempoh Sehari
Contoh, kadang-kadang kita ada exam 29 Januari 2010. KIta target 26 Januari baru nak mula focus exam tu… Tapi macam mana kita boleh jamin bahawa 26-29 Januari itu kita dapat study yg berkualiti seperti yg kita rancangkan?
Mana nak tau, tiba-tiba anda demam… atau ada emergency.. ada kematian, anda terpaksa balik kampung! Atau 1001 lagi situasi yang mengganggu perjalanan perancangan kita tersebut. Bukankah ini akan mengganggu prestasi anda apabila menduduki exam 29 Januari tersebut?
Sebab itu, sementara ada masa terluang ini, awalkanlah persediaan anda. InsyaAllah ia akan banyak membantu dalam pelbagai segi. Dan ini bukan sekadar untuk students, para ibu bapa pun boleh amalkan dalam kehidupan seharian dan kerjaya.
Sebenarnya Badr & team baru pulang dari SK Seksyen 7, Bandar Baru Bangi… Untuk Seminar Pecutan Awal UPSR… Dan sememangnya program ini cukup penting kerana para pelajar perlukan turning point untuk mulakan pecutan!
Dan insyaAllah, jika mereka bersedia awal, kejayaan sudah pun menggamit di sana! All the best kepada adik-adik SKS7, semoga anda semua berjaya dengan jayanya!
Ingat ye semua… MULA AWAL!
Tags: Brilliant Students, Tips Belajar
Posted by BaDR on Jan 14, 2010 in
Tips Bijak Berbicara
“People Don’t Care How Much You Know Until They Know How Much You Care!”
Sama ada kita suka atau tidak, inilah fitrah kehidupan manusia. Pepatah di atas melambangkan betapa audiens bukanlah berminat sangat dengan kehebatan anda, pencapaian anda dan kelulusan anda.

Persepsi audiens ini cuma akan berubah apabila anda menampakkan betapa anda mengambil tahu tentang diri audiens. Betapa prihatinnya anda terhadap keperluan mereka… Betapa berminatnya anda untuk memenuhi kehendak mereka…
Jika anda gagal berbuat demikian, perhatian audiens akan teralih hanya dalam tempoh beberapa minit… Sebab itulah, amat penting bagi anda untuk mengetahui dengan jelas apa objektif program dan bicara anda diadakan.
Contoh, apabila anda diminta untuk memberikan ceramah motivasi kepada pelajar sekolah, anda banyak menghabiskan masa untuk bercerita kehebatan anda di waktu sekolah dulu… Anda syok sendiri dengan kisah-kisah anda yg kononnya gah…Percayalah, jika tidak nampak di wajah pun, di hati audiens tetap merasa meluat dan mula tidak mengambil peduli bicara anda…
Mereka mahukan pengalaman anda itu dijadikan sebuah panduan untuk mereka! Dengan kata lain, anda perlu bercakap bagaimana untuk hebat di sekolah supaya audiens anda dipenuhi kehendak mereka.Kemudian barulah menyelitkan kisah-kisah lampau anda sebagai sokongan.. barulah menarik!!
Ya, barulah menarik perhatian audiens! Audiens dahagakan tips dari anda. Sesuatu yg dapat menghilangkan dahaga ilmu… Bukannya ingin sekadar terlopong mendengar cerita anda…
Jadi untuk Bijak Berbicara, anda wajar berpijak di bumi nyata. Penuhi apa yg audiens anda inginkan dan bukannya penuhkan mereka dengan retorik anda. Sehebat manapun latar belakang anda, secemerlang manapun sejarah anda, ingat prinsip ini betul-betul…
“People Don’t Care How Much You Know Until They Know How Much You Care!”
Posted by BaDR on Jan 7, 2010 in
Pengumuman
Sesungguhnya 2010 ini bakal membawa banyak perubahan… Cuma diharap agar Allah berikan kita kekuatan untuk mampu menghadapi segala cabaran dan rintangan…

2010..Here we come!
Kita jangan lari daripada cabaran… tetapi kita sepatutnya menghadapinya, mengatasinya dan insyaAllah mendapat manfaat daripadanya! Yang lari itu pengecut dan akan sentiasa dikejar dengan cabaran yang sama hingga dimamah usia.
Apa yang utama? Kekuatan! Kekuatan untuk menempuh cabaran itu yg paling penting. Dan yg menariknya, setiap kali kita menempuh cabaran, kita juga menjadi semakin kuat dalam pelbagai segi… Kematangan terutamanya… Kebijaksanaan dan kemahiran juga selalunya turut serta!
Jadi jangan kita jadi pengecut..penakut…kerana ia bukannya menyelesaikan masalah, malah menambahkan kepayahan masalah tersebut untuk diselesaikan!
When u have challenges, face them! Face them bravely! Because you’re going to be braver, stronger and smarter when u accomplish them!
Apa-apapun, bersyukurlah dengan apa yg anda miliki hari ini. Dan berusahalah untuk membuat yg terbaik dalam setiap perkara dalam kehidupan anda!
Badrul Sani
AMPAC 2010
Posted by BaDR on Jan 3, 2010 in
Pengumuman
Setiap pencapaian ada harganya…

Sblm Daniel mampu berjalan...terjatuh dan bangun adalah harganya..
Kita selalu terpegun dengan kejayaan seseorang… Kagum dengan pencapaian dan kecemerlangannya…
Kekaguman itu sepatutnya kita berikan terlebih dahulu kepada apa yg dilakukan olehnya sebelum mencapai kejayaan tersebut! Kerana usaha sebelum itulah harga untuk mencapai kejayaan yang disasarkan.
Dengan kata lain, jika anda ingin berjaya, perkara pokok yang perlu diutamakan adalah berapa usaha, tenaga, masa dan harta yang dilaburkan untuk mencapai kejayaan tersebut. Kerana setiap pencapaian itu ada harganya!
Ingin berjaya dalam pelajaran? Berapa banyak masa digunakan untuk mentelaah pelajaran…? Berapa buah buku dibaca dan berapa banyak latihan disempurnakan…? Berapa kerap guru ditemui untuk berbincang isu pelajaran…? Berapa kali doa dipohon agar dikurniakan kejayaan oleh Pemberi kejayaan…?
Ingat…setiap pencapaian ada harganya!
Ingin berjaya dalam kerjaya? Berapa dalam komitmen yg diberikan kepada perniagaan…? Berapa byk kelemahan diri yg diperbaiki dari semasa ke semasa…? Berapa lama masa dilaburkan untuk memikirkan strategi untuk maju dalam kerjaya…?
Ingat…setiap pencapaian ada harganya!
Dan ingin bijak berbicara? Berapa byk buku untuk hebat berbicara telah dibaca…? Berapa byk masa digunakan untuk berlatih, berlatih dan berlatih…? Berapa kerap anda mempraktikkan segala ilmu dan teknik di hadapan audiens yg sebenar…?
Ingat… setiap pencapaian ada harganya!
Jadi, setelah anda miliki visi untuk berjaya, jgn tangguh lama-lama kerana masa untuk membayar harganya telah tiba!!! Jom!
BADRUL SANI
Bangi 2010
Posted by BaDR on Jan 1, 2010 in
Pengumuman
2009 sudah pun pergi meninggalkan kita… Berikut adalah sedikit coretan perjalanan 2009…
Pecutan Awal UPSR
SK Bandar Baru Bangi
9 Januari 2009
Rapat Umum Selamatkan Gaza
Stadium Malawati, Shah Alam
10 Januari 2009
Remaja Selamatkan Gaza
AMPAC
17 Januari 2009
Seminar Brilliant Students
Pusat Tuisyen T-Subra, Seberang Jaya
26 Januari 2009
Coaching Pembicara Gemilang
Az-Zahrah Multi-Intelligence Academy
29 Januari 2009
-
Posted by BaDR on Jan 1, 2010 in
Pengumuman
Assalamualaikum dan salam sejahtera!
BaDR & RaIDAH ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 1431H dan 2010M!!
Jom kita jadikan tahun ini jauh lebih bagus daripada tahun-tahun sebelumnya! Lebih baik dari sudut ibadah, akhlaq, niat, produktiviti dan sumbangan kita kepada dunia!
Dan jadikan perubahan positif ini sbg langkah mendekatkan diri dengan Allah dan bukannya dek kemaruk dambaan syaitan. InsyaAllah, kita lakukannya bersama!
BADRUL SANI & RAIDAH KHALISAH
1 JAN 2010
Posted by BaDR on Nov 25, 2009 in
Pengumuman
Assalamualaikum semua!

AMPACers 11 selepas lawatan ke Rumah Titian Kaseh
BaDR & RaiDah sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada anda semua dan mengharapkan pengorbanan kita terhadapa pembangunan ummah akan terus subur!
Hari ini kami akan pulang ke Penang (wah, bulan ni sajer 3 kali balik Penang!) dan menjalankan ibadah korban di sana.
Doakan keselamatan kita bersama ye!

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!
Posted by BaDR on Nov 21, 2009 in
Pengumuman
Tiada yg menyebabkan kita tersenyum lebar melainkan melakukan sesuatu yg kita inginkan…
Tiap kali BaDR dijemput untuk berceramah di sesebuah tempat, acap kali BaDR akan luangkan sedikit masa untuk memerhatikan keindahan alam semulajadi dan pembangunan di tempat tersebut.
Baru-baru ni kan BaDR bersama calon SPM di MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin Melaka…So, apa lagi, pergi le kejap ke tempat-tempat bersejarah di pusat bandar… Wah, Melaka sekarang dah tak macam dulu ye… Banyak benda-benda menarik diwujudkan untuk kemaslahatan masyarakat dan pengunjung…
Emm..best gak kan macam ni… Sambil menjelajah sekolah, sambil mengembara memerhatikan alam ciptaan Allah yg cukup hebat ini…

Menjelajah ke MRSM TGB

Mengembara Melaka
Thanks to my apprentice, Along Farha for these wonderful pics! Nanti nak gi jalan-jalan kitaorang bagitau lagi! Hehe..
So, ada saper2 nak BaDR & RaiDah with AMPACrew menjelajah ke tempat/sekolah/organisasi anda? Kitaorg memang suka berjalan!