0

Transformasi An-Naim

Posted by BaDR on Mar 26, 2010 in Pengumuman

Menonton Adik-Adikku

Program Realiti Adik-Adikku Musim Pertama telah melabuhkan tirainya baru-baru ini. Dan alhamdulillah, persembahan peringkat akhir itu telah menampilkan persembahan-persembahan yang amat hebat dan membanggakan.

Hasil persembahan yang mantap dan menyentuh jiwa (dari sudut kelakar dan sedih), Adik Wajih telah dinobatkan sebagai juara Adik-Adikku Musim Pertama! Memang best persembahan Wajih. Tahniah kepada Wajih dan Ustazah Asni atas persembahan yg mantap!

Tempat kedua pula disandang oleh Adik Qayyim yang sememangnya istimewa. Walaupun memiliki masalah penglihatan, apa yg ditampilkan olehnya mengatasi insan yg sempurna pancaindera. Sesungguhnya Allah itu memang Maha Kaya. Tahniah kepada Qayyim dan Ustaz Ridhuan Tee.

Dan tempat yg ketiga adalah Adik An-Naim. Syukur ke hadrat Allah kerana dgn limpahan rahmat dan rezeki, An-Naim layak duduk seiring dgn juara dan naib juara Adik-Adikku. Walaupun BaDR penat dan letih, tetapi kemenangan An-Naim ini membawa seribu satu makna…

Dan BaDR juga nak ceritakan serba sedikit tentang An-Naim yang tidak didedahkan oleh Adik-Adikku. Tahu tak, pada minggu yg pertama, An-Naim telah mengatakan bahawa dia give up dan berat untuk meneruskan perjuangannya dalam Adik-Adikku. Alasannya adalah kerana dia tidak ada langsung pengalaman dalam berpidato! Dan memang betul, dia langsung tidak berpengalaman dlm berpidato. Dan memang benar, An-Naim pada mulanya tidak mampu untuk berpidato! Kalau ada yg perasan, pidatonya pada minggu-minggu yg awal agak keras…

Tapi Alhamdulillah, berkat kesungguhannya untuk belajar, An-Naim akhirnya berjaya ke peringkat akhir! Dan yang menariknya, An-Naim yg langsung tidak ada pengalaman itu standing dengan Wajih yang sememangnya pernah bercerita di peringkat kebangsaan dan Qayyim yg memiliki pelbagai kelebihan!

Semua ini berlaku kerana apa ye? Ya, sikap membenarkan diri untuk berubah dan semangat belajar yg tinggi

 
0

Pusingan Akhir Adik-Adikku Semakin Hampir!

Posted by BaDR on Mar 15, 2010 in Pengumuman

Blog5

Kepada semua, jangan lupa tonton program Adik-adikku Final yang akan diadakan SECARA LANGSUNG dari Masjid Wilayah Persekutuan jam 9 mlm di TV1 pada 18 Mac 2010 ini. Khamis malam Jumaat ye.

Doakan semua finalis dapat lakukan dengan terbaik ye! Mereka ini harapan kita untuk memimpin semula anak bangsa yg semakin jauh dari Pencipta…

 
0

Jangan Potong Cakap Orang!

Posted by BaDR on Mar 12, 2010 in Tips Bijak Berbicara

Ini antara penyakit sesetengah orang…iaitu suka sangat potong cakap orang. Tahukah anda, tabiat ini secara langsung dan tidak langsung menyebabkan tanggapan orang kepada anda adalah

1. Tidak suka mendengar pendapat orang
2. Perasan bagus kerana yakin pendapat diri sendiri saja yg betul
3. Biadap dan kurang ajar
4. Cuba menyembunyikan sesuatu
5. Ingin lekas menamatkan perbualan

Dan semua impak ini merugikan anda. Sedar atau tidak, dengan kita tidak memotong percakapan seseorang, anda sebenarnya dapat

1. Mengkaji dengan teliti hujah yang disampaikan.
2. Mengetahui sesebuah cerita dengan tepat.
3. Mengenal kelemahan dan kekuatan orang tersebut.
4. Memudahkan anda bersedia untuk membidas atau memberi respon yang komprehensif.

Akhirnya dia sudah tiada apa lagi yang ingin dibangkitkan kerana semuanya sudah dibicarakan! Jika anda memotong percakapannya, dia boleh melindungi dirinya dengan berkata, “aku tak habis cakap lagi…” (ayat standard le ni…huhu).

Jadi biarlah dia habiskan dulu percakapannya. Kemudian kita pula yg berbicara. Tiada apa yg dirugikan…tetapi banyak ruginya kalau kita asyik nak POTONG! POTONG! POTONG! POTONG SAJELAHH! (lagu w1max)

Blog4

 
0

Tips Mengenal Potensi Anak

Posted by BaDR on Mar 10, 2010 in Motivasi, Tips Brilliant Students

Parentswantthebest

Ibu bapa sering impikan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Tetapi mereka semakin hilang rentak apabila anak mereka mula meningkat usia. Sehingga sampai satu tahap, kita pun sudah tiada idea apa sebenarnya cita-cita anak kita… Sedangkan tanpa cita-cita, anak kita akan pudar motivasinya untuk belajar dan berjaya!

Jadi apakata kita lihat bagaimana kita boleh mengenal anak kita supaya kita mampu untuk membantu mereka semaksima yang mungkin!

Pertamanya adalah komunikasi! Yang berkomunikasi dengan anak anda. Tanya soalan-soalan yang terdiri daripada pelbagai tajuk. Dan cuba lihat tajuk mana yang menarik minatnya. Bersembanglah tentang kartun, filem, kisah di sekolah dan sebagainya, anda pasti akan dapat kesan apa yang dia minat sebenarnya…

Kedua, anda juga boleh bawakan mereka ke pasaraya bahagian permainan kanak-kanak. Tengok mainan jenis apa yang dia suka. Karakter kartun apa yang menjadi kegilaannya. Ini membantu kita untuk mengetahui latar belakang hiburan anak kita dengan lebih mendalam! Ingat, untuk bantu anak, anda perlu kenal betul-betul dengan dia!

Ketiga, anda juga boleh bawa mereka ke kedai buku. Biarkan mereka memilih buku mereka sendiri. Dan ini sekali ini membuka ruang kepada anda untuk melihat apa sebenarnya kegemaran anak anda!

Dan yang terakhir, anda juga boleh berikan kebebasan bersuara kepada mereka apabila melibatkan keputusan untuk melawat mana-mana tempat. Barulah anda sedar sikap dan kecenderungan mereka.

Kenalanak

Mengapa perlu tahu semua ini? Kerana kita mahu memaksimakan potensi anak kita. Kalau kita sudah tahu yang anak ini sukakan perihal kesihatan dan kedoktoran, kita terus pacu anak ini ke arah menjadi doktor yang hebat dan soleh!

Bayangkan kalau kita tidak tahu? Bukankah kita akan memimpin mereka ke jalan yang tidak selari dengan fitrah kehebatan mereka… Akhirnya mereka terpaksa melakukan perkara yang tidak disuka dan seterusnya mereka sekadar menjadi manusia biasa…

Jom kita kenal anak kita! InsyaAllah sama-sama kita berjaya!

 
0

Pintar sahaja tidak cukup!

Posted by BaDR on Mar 7, 2010 in Pengumuman

Softskills amat penting!Hari ini ramai ibu bapa yang berlumba-lumba untuk menghantar anak ke pusat tuisyen yang hebat dan mahal yurannya. Semuanya inginkan anak mereka cemerlang dalam akademik seolah-olah kecemerlangan akademik bermakna kecemerlangan segala-galanya.

Persepsi minda sebegini perlu dikikis oleh manusia-manusia yang ingin berjaya. Kerana kejayaan bukanlah terbina dengan hanya kecemerlangan akademik! Kejayaan menuntut lebih daripada itu!

Baiklah, saya bawakan satu kajian untuk renungan bersama. Profesor Lewis Terman dari Stanford University telah melaksanakan sebuah kajian yang melibatkan 1500 orang pelajar pintar.

Mereka mengikut rapat perkembangan para pelajar ini sehinggalah pelajar-pelajar pintar ini dewasa. Dan yang mengejutkan, hanya sebilangan kecil sahaja di kalangan mereka yang berjaya! Ingat, mereka semuanya pintar! Tetapi hanya sedikit yang berjaya! Kenapa ye?

Kerana yang sedikit itu bukan sekadar pintar tetapi memiliki matlamat yang jelas dan mempunyai kemahiran merencana & merancang dengan berkesan. Maknanya, pintar akademik bukan segala-galanya. Ia perlu dibangun bersama kecemerlangan EQ dan SQ. Barulah anak-anak ini bakal berjaya secara holistic, duniawi dan ukhrawi.

Jadi para pembaca sekalian, tuntutlah juga ilmu pembangunan dan motivasi diri. Kuasailah kemahiran-kemahiran insaniah (softskills) kerana skil-skil ini yang bakal memandu anda ke arah jalan yang cemerlang!

Ingat, YANG MENANG ADA MATLAMAT, YANG KALAH ADA ALASAN!

Jom Berpidato!

 
1

Tips Cepat Mengingat!

Posted by BaDR on Mar 4, 2010 in Pengumuman

Tipsenagingat

Ya, banyak di kalangan kita yang sukar untuk mengingat sesuatu perkara. Asyik-asyik lupa. Asyik-asyik lupa. Kalau beginilah situasinya, memang jauhlah harapan untuk kita cemerlang dalam akademik. Betul tak?

Badr Motivates

OK, saya sekadar ingin berkongsi satu sahaja tips (supaya anda tidak lupa!) iaitu apabila anda ingin mengingat sesuatu, TANAMKAN DALAM DIRI ANDA, MINDA ANDA DAN HATI ANDA YANG ANDA MEMANG MAHU INGAT PERKARA TERSEBUT!!!

Ya, mesti ada niat yang jelas dan matlamat yg tidak berbelah bahagi untuk mengingat perkara tersebut! Barulah perkara tersebut akan direkod dalam memori anda! Betul…kalau tak percaya, buatlah!

Dan ia akan menjadi lebih berkesan apabila anda berniat sambil melihat sekeliling supaya suasana tersebut akan mengingatkan anda kepada memori tersebut.

Contohnya, anda ingin ingat bahawa anda perlu bawa buku nota sains ke sekolah. Sewaktu anda berniat untuk mengingat perkara tersebut, perhatikan sekeliling, dan masukkan objek sekitar anda bersama niat anda. Misalnya anda terlihat akan sebuah jam dinding yang besar. Jadikan ia sebagai gambaran untuk mengingat buku nota sains anda.

Meskipun buku nota sains dan jam dinding tidak ada kena mengena, tapi dengan teknik ini, anda akan lebih mudah mengingat sesuatu dan sukar melupakan sesuatu.

Niat untuk ingat, dan padatkan dengan gambaran objek di sekitar anda!

Selamat mencuba!

 
0

Tips Menghilangkan Mengantuk!

Posted by BaDR on Mar 1, 2010 in Tips Brilliant Students

Asal baca buku je mengantuk… Kenapa ye? Haaa… hari ni kita nak tengok apa yang menyebabkan kita mengantuk ketika membaca dan bagaimana nak mengatasinya dengan mudah dan berkesan…

"Saya tak ngantuk lagi dah waktu study!"

"Saya tak ngantuk lagi dah waktu study!"

1. Tiada Minat dan Tidak Bersemangat!
Kalau kita study kerana terpaksa, minat tidak akan ada… yang ada hanyalah perasaan negatif yang menyebabkan rasa mengantuk! Semangat akan hilang dan yang tinggal hanyalah mata yang kuyu dan layu!

Penyelesaian : Betulkan niat dan mind setting anda sebelum memulakan study. Tetapkan matlamat untuk study dgn semangat dan buat-buatlah minat selama 10 minit. Lepas tu percayalah, minat yg dibuat-buat dan semangat yg membara itu akan membawa anda study lebih lama dan jauh!

2. Study Sesudah Makan
Lepas makan kita akan bertenaga, betul tak? Salah! Lepas makan tenaga kita akan tertumpu kepada proses penghadaman. Dan ini mengakibatkan tenaga kita berkurangan dan fokus di minda turut menjunam! Akhirnya, mata pun menuntut keadilan! (Mengantuk le tu…)

Penyelesaian : Pegilah makan awal sikit… Pastikan anda tidak study sebaik tamat anda makan. Bagilah masa sikit untuk perut anda melakukan tanggungjawabnya… Lebih kurang 1 jam atau 1 jam setengah selepas itu, study lah bersungguh-sungguh!

3. Situasi dan Posisi yang salah.
Tempat yang anda pilih perlulah sesuai untuk belajar. Dan cara anda duduk juga memainkan peranan yang penting. Kalau dah belajar dalam tempat yang sejuk sampai tahap nak tertidur… dan baca buku pulak dalam keadaan baring, memang pastilah kita akan terlelap!

Penyelesaian : Carilah tempat yang sesuai untuk study. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Dan duduklah dengan betul supaya aliran darah dan oksigen dalam tubuh badan anda segar dan menyegarkan mata anda daripada mengantuk!

tipstidakmengantuk

OK lah ye, selamat untuk tidak mengantuk sewaktu study!!

 
0

Happy Birthday to me…

Posted by BaDR on Feb 25, 2010 in Pengumuman

hepibesday

Pejam celik, pejam celik…sudah 27 tahun usiaku ini… Terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang menyampaikan ucapan menerusi sms, facebook, myspace dan YM… Dan juga thank you so much kepada mereka yang buat surprise party di rumah dan juga di AMPAC… semoga Allah merahmati kalian…

Kepada isteri dan anak, jutaan kasih ku hamparkan untuk kalian berdua… spending 2 days 1 night di Bukit Merah Laketown Hotel merupakan antara memori indah kita bersama… Sesungguhnya anak lelaki ku ini gemar betul bermain air… Dan ini (antara) hadiah mereka untuk ku…

Birthday Present from Ummy and Daniel

Mudah-mudahan peningkatan umurku ini bakal bersama pemantapan iman dan amal… Ameen.

 
1

Rancangan Adik-Adikku Sudah Pun Bermula!

Posted by BaDR on Feb 17, 2010 in Pengumuman

Assalamualaikum w.b.t.!

Sidang Media Adik-Adikku bersama Ketua Pengarah JAKIM

Sidang Media Adik-Adikku bersama Ketua Pengarah JAKIM

Akhirnya program realiti TV untuk mencari bakat-bakat si cilik dalam berdakwah telah dilancarkan! Saksikan di TV1, setiap Isnin-Jumaat pada jam 630ptg-700ptg!

Revolusi dunia hiburan, pendidikan dan dakwah kini bermula! Jangan terlepas dalam memberikan sokongan kepada mereka!

adikadikku

ADIK-ADIKKU INSYAALLAH BOLEH!

 
2

Tips Motivasi: Ingin Malas? Ini Rahsianya…

Posted by BaDR on Jan 26, 2010 in Motivasi

Dah menjadi lumrah… Ramai di kalangan kita yang lebih suka goyang kaki daripada berpeluh dan berdaki … Dan pengalaman saya berceramah turut membuka mata bahawa budak-budak sekolah pada hari ini (tak kira sekolah rendah atau menengah), menghadapi masalah malas yang cukup kritikal.

Jangan Malas!

Jangan Malas!

Jadi, oleh kerana ada permintaan yg tinggi untuk malas, sebagai seorang usahawan, saya sediakan untuk anda produk yg bakal membantu anda untuk bermalas-malasan!

DAILY MISSIONS…atau Misi Harian merupakan satu kaedah yg saya kerap aplikasikan dalam seminar-seminar motivasi, pengurusan dan teknik belajar. Dalam teknik ini, anda perlu mencatatkan perkara-perkara penting atau dengan perkataan yg lebih tepat, MISI anda pada hari tersebut.

Tulis dalam kertas atau buku kecil untuk memudahkan anda bawak Daily Missions anda, ke mana sahaja anda pergi. Dan yang paling penting, setiap kali anda sudah menyempurnakan misi itu, tolong POTONG misi tersebut dengan garisan melintang menggunakan pen! Ya, potong!

Kenapa ye penting sangat DAILY MISSIONS ni?

1. Hidup anda pada hari tersebut akan bermatlamat!

2. Anda dapat jimatkan masa untuk berfikir… “emmm,nak buat apa ye hari ni?” Eh, sedar tak..ini sahaja akan merugikan masa kita lebih kurang 60 minit sehari (jika combine semua masa berfikir tu). Tak ke rugi?

3. Anda sememangnya akan jadi produktif! Sebab tatkala anda memotong misi-misi yg telah selesai itu, akan terpancar semangat motivasi dlm diri anda untuk melakukan yang seterusnya! Ingat, the best motivator in this world is you!

4. Hidup anda pada hari tersebut akan cemerlang. Kalau setiap hari? Minggu itu minggu yg cemerlang… Kalau setiap minggu? Bulan itu bulan yg cemerlang… Kalau setiap bulan? Tahun itu tahun yg cemerlang… Kalau setiap tahun? Hidup anda selamanya cemerlang!

malas

Dan orang yg cemerlang… akan memiliki banyak masa untuk bermalas-malasan… dan orang yg malas, tidak akan cemerlang!

Copyright © 2010 Badrul Sani.com All rights reserved.
Desk Mess Mirrored v1.3 theme from BuyNowShop.com.