Semalam, BaDR bersama para pegawai Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah telah menyertai program perdana AMAN PALESTIN di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak.
Majlis makan malam yang dihadiri lebih kurang 1000 orang ini menampilkan pelbagai pengisian yang bermatlamat ke arah membantu mangsa perang Gaza. Secara peribadi, BaDR merasakan program ini berjaya, berprestij dan menarik! Tahniah AMAN PALESTIN!
Bacaan Al-Quran dari Johan Akademi AQ 2
Selain persembahan nasyid daripada kumpulan Marjan, Inteam & Nazri Raihan, acara lelongan juga mengambil tempat pada malam tersebut. Antara yang dilelong adalah serpihan binaan masjid Al-Aqsa.
Dan yang menjadikan malam itu bermakna buat BaDR adalah apabila BaDR berkesempatan untuk berbual dan berbincang secara personal dengan tokoh sasterawan negara, Prof Madya Dr. Lim Swee Tim.
Banyak perkara yang dibincangkan. Tentang kaedah penceritaan berbentuk novel yang lebih berkesan untuk pembaca. Tentang punca kekeringan semangat anak muda dalam membaca. Tentang buku-buku novel dan puisi beliau (sempat juga beli satu!).
Badrul Sani & Dr. Lim Swee Tim
Tentang terencatnya tamadun. Tentang sistem pendidikan Malaysia pada hari ini. Tentang public speaking! (rugi tak bawak Bijak Berbicara Mencuit Rasa, kalau tidak boleh hadiahkan pada Dr. Lim. Beliau suka tentang seni berbicara).
Tentang masalah negara dan macam-macam lagi. Dan perbualan kami terhenti apabila tetamu dijemput masuk ke dewan.
Dan malam itu menjadi lebih bermakna apabila tetamu dipertontonkan persembahan deklamasi puisi oleh Prof Madya Dr. Lim Swee Tim. Meremang bulu roma. Sayu rasa di hati. Dan buat pertama kalinya, BaDR tersentuh dengan sebuah puisi! Kesimpulannya, HEBAT.
Semangat Dr.Lim sememangnya lain daripada yang lain dalam memartabatkan bahasa Melayu dan menyelamatkan Gaza. Terasa malu dan segan untuk mengaku seorang Melayu apabila ada yang bukan Melayu berjuang habis-habisan untuk kepentingan bangsa kita.
Terima kasih pada Prof Madya Dr.Lim Swee Tim atas perkongsian yang cukup bermakna itu. (Terasa bersemangat pula nak menulis…)
KHAYBAR KHAYBAR! KHAYBAR YA YAHUD! JAISHU MUHAMMAD SAUFA YA’UUD!
Ramai yang meminta agar Brilliant Parents Seminar diadakan lagi untuk membuka ruang kepada lebih ramai ibu bapa dalam menjadi ibu bapa yg cemerlang! Menyahut saranan ini, AMPAC sekali lagi akan mengadakan Brilliant Parents Seminar pada 15 Mei 2010 ini.
Alhamdulillah, setakat ini, parents yg hadir amat berpuas hati dgn apa yg dikongsi. Anda boleh saksikan testimoni mereka di laman web tersebut!
Jumpa anda dalam Brilliant Parents’ Seminar pada
Tarikh : 15 Mei 2010
Waktu : 930pg – 11pg
Tempat : Az-Zahrah Multi-Intelligence Academy (AMPAC), No.10A, Medan PB1, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, 43650, Selangor. (Sebaris dgn Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah)
Alhamdulillah, semalam telah berlangsung dengan jayanya program Pecutan PMR di SMK Jalan Tiga. BaDR pun dah lupa berapa kali BaDR beraksi di sana. Cuma yang BaDR ingat, inilah program yang paling awal waktunya diadakan iaitu 830pg di Surau SMK Jalan 3.
Subhanallah, memang lain betul waktu pagi ini berbanding waktu lain. Kekuatan fokus, ketegapan minat dan keampuhan gembira berada pada kemuncaknya. Para pelajar yg hadir, semuanya calon PMR, menampakkan minat dan penyertaan yang cukup memberansangkan! Dek kerana semangat pagi yg menggila!
Teringat juga BaDR sewaktu Rapat Umum Selamatkan Gaza di Stadium Malawati Shah Alam pada tahun lepas. Waktu itu adalah waktu pagi. Semangat pagi dan tenaga pagi. Cukup berbeza dengan program yg lebih kurang sama tetapi dibuat pada waktu malam.
BaDR dapatkan rasakan kesungguhan manusia itu amat kukuh pada waktu pagi. Jadi jangan kita sia-siakan kehebatan kita pada waktu sebegini. Gunakanlah ia untuk melakukan sesuatu yg berat di pemikiran anda. Kerana ini bakal membuka jalan yg luas untuk anda menyempurnakannya!
Of course!! Mana mungkin kita mampu berbicara dengan bagus sekiranya kelantangan suara itu tidak ada…
Jadi untuk anda yg ingin menjadi Pembicara Gemilang, anda perlu melakukan latihan vokal supaya suara anda dilontarkan dengan ketegapan yang berkesan.
BaDR cadangkan kepada mereka yang masih bercakap dalam selimut ini untuk keluar ke tempat luas dan lapang. Keluarkan suara anda sekuat-kuatnya. Berlatih bercakap dgn kuat.
Anda mungkin berasa janggal untuk melakukan perkara sebegini kalau di rumah. Tapi di tempat yg luas dan lapang, ia akan menampakkan kepada anda betapa suara anda ini tidak sekuat mana.
Mengadaplah pokok, sungai atau tasik yg ada. Bayangkan di hadapan anda itu ramai audiensnya. Ini menjadikan latihan vokal anda turut menjadi latihan mengatasi kegugupan di hadapan orang ramai.
Jadi, apa tunggu lagi. Jom ke taman dan kita jalankan latihan vokal!
Ya…penceramah yg hebat menjadikan sesebuah seminar itu hebat.
Ya…pengurusan yg mantap memantapkan perjalanan program.
Ya…alat bantu visual dan sistem audio efektif menjadikan mesej berkesan.
Dan jangan lupa satu lagi faktor terpenting untuk menjayakan sesebuah program… FASILITATOR!
FASILITATOR atau jika diterjemahkan secara literalnya bermaksud pemudah cara, merupakan elemen penting dalam sesebuah program khususnya program yang melibatkan ramai peserta dan mengambil masa yang lama.
Fasi ini sebenarnya menutup kelemahan program dengan kelebihannya mengendalikan keadaan.
Fasi juga menjadi wajah program. Masamnya fasi maka masamlah program. Cerianya fasi maka cerialah program. Pantas berfikirnya fasi maka lancarlah perjalanan program!
Meskipun fasi mungkin tidak sepopular penceramah utama, tetapi dia lebih popular dan dikenali daripada penceramah dalam kumpulan yang diterajuinya. Bagi fasi yang bagus dan berkesan, ahli-ahli kumpulannya akan berat melepaskan pemergiannya pulang. Ada yg menangis dan ada yg terus-terusan menghubungi kakak/abg fasi menerusi sms dan internet.
BaDR bukannya apa, sekadar berasa seronok dan gembira tatkala teringatkan fasi-fasi yg telah bertungkus lumus menjayakan program P.E.M.I.M.P.I.N. di SK Seksyen 7, Bandar Baru Bangi awal April lalu. Thanks to all…
Jom kita imbas kembali, program yg menemukan AMPAC dan UMP di atas pentas yg sama!
Best sangat hari ni.. sbb terbaca satu mesej daripada salah seorang peserta seminar BaDR yang telah mengamalkan apa yang diperoleh di seminar.
Macam biasa, dalam Seminar Brilliant Students, BaDR akan rungkaikan apa yg menyebabkan pelajar cemerlang itu cemerlang, dan yg gagal itu gagal… Dan macam biasa juga, ketika mengulas tentang bagaimana untuk membina kekuatan hubungan dengan ibu bapa, BaDR mencadangkan satu kaedah untuk digunakan bagi menyeronokkan hati ibu.
Secara ringkasnya, teknik ini dinamakan sebagai TEKNIK AIR KOSONG. Dan ramai yg telah mencubanya dan alhamdulillah ramai yg mendapat manfaat!
SMS yg BaDR baca tu berbunyi macam ni…
“abg badr teknik air kosong berjaya thank u. sorry dah lama. ibu saya siap bawa saya shopping thank u.”
Hehehe… seronoknya dengar teknik yg diajar dapat memberikan manfaat kpd orang lain. Dulu pun ada juga SMS menarik daripada salah seorang student AMPAC. Lebih kurang SMSnya begini…
“abg badr terima kasih sgt sbb ajar saya teknik air kosong tu.. Mak saya ucap terima kasih dan seronok. Dia siap topup lagi handphone saya! TQ!”
Wah… nampaknya teknik air kosong ini besar juga kesannya!
Jadi bagi yg belum tahu tentang teknik ini, sertailah Seminar Brilliant Students bersama Abg BaDR ye! Semoga berjaya!
Maaf kerana lama tidak mencoret di sini. Habis saje program Adik-Adikku, banyak pula projek yg perlu dilaksanakan dan yang paling penting, alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan cemerlang!
Antara program yg menarik… Program P.E.M.I.M.P.I.N. SK Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. AMPAC dan Universiti Malaysia Pahang bergabung tenaga dalam menjayakan kem kepimpinan 2 hari 1 malam dengan penuh kesan dan kegembiraan!
Tahniah kepada semua fasi… Dan baru-baru ini, AMPAC baru saja buat Majlis Graduasi untuk meraikan AMPACers 10 & 11 dan BeEZ 1,2 & 3! Sekali lagi AMPAc melakar sejarah dengan program yg penuh gilang gemilang itu. Terima kasih kepada semua yg membantu!
So, what’s next? Hehe….banyak lagi projek-projek ‘MEGA’ dalam minda yang sedang tunggu giliran untuk dilaksanakan. Doakan semuanya dapat dilaksanakan dengan berkesan ye!