Badrul Sani.com http://badrulsani.com/blog1 Motivasi Santai, Selamba & Sempoi Wed, 21 Jul 2010 04:41:01 +0000 http://wordpress.org/?v=2.8.5 en hourly 1 Konsert Demimu Al-Aqsa! http://badrulsani.com/blog1/2010/07/21/konsert-demimu-al-aqsa/ http://badrulsani.com/blog1/2010/07/21/konsert-demimu-al-aqsa/#comments Wed, 21 Jul 2010 04:27:28 +0000 BaDR http://badrulsani.com/blog1/?p=592 kondaq3

Alhamdulillah… Sebenarnya ini konsert yg pertama Badr hadiri dan jadi MC. Memang sebelum-sebelum ini tak pernah ke konsert, tak kira la konsert nasyid mahupun yang merapu.

kondaq2It’s really an awesome experience to be the Master of Ceremony for that majestic event. Congrats to all committee who have done their best in realizing this program.

kondaq1Pertama kali jugalah Badr dengar persembahan LIVE kumpulan SHOUTUL HARAKAH. Wah, memang hebat persembahan mereka. Kalau persembahan yang lain Badr masih boleh duduk di kerusi MC, waktu Shoutul Harakah nyanyi terus semangat berdiri! Alhamdulillah, ada jugak kumpulan nasyid seperti mereka.

Dan yang menariknya jugak apabila konsert turut dihadiri AMPACers, AMPACoachers & AMPACorporates! Syukur bila mengenangkan riak wajah mereka yang jelas lebih memahami perjuangan utk Palestine. Semakin semangat untuk bertakbir memuji Ilahi. Semakin bertenaga untuk berkorban demi agama!

kondaq4

Dan Badr bersyukur kerana tidak pernah terlintas di minda bahawa satu hari kemahiran pidato yang Badr ada, dapat digunakan untuk Palestin…. Khaybar-khaybar ya Yahud, jaishu Muhammad saufa ya’ud!

]]>
http://badrulsani.com/blog1/2010/07/21/konsert-demimu-al-aqsa/feed/ 0
Imam Muda in da house!!! http://badrulsani.com/blog1/2010/07/08/imam-muda-in-da-house/ http://badrulsani.com/blog1/2010/07/08/imam-muda-in-da-house/#comments Thu, 08 Jul 2010 08:48:28 +0000 BaDR http://badrulsani.com/blog1/?p=583 Imam Muda in da house

Hehe…tak sangka pulak Imam Muda datang bertandang ke AMPAC hari ini. Bertuah betul dapat bertemu dengan bakal2 pemimpin yang juga bakal memikul tanggungjawab besar selepas ini.

They’re so nice. Dan alhamdulillah, dengan khabarnya rating rancangan ini naik dari sehari ke sehari. Dengan kata lain, peminat rancangan Imam Muda di Astro Oasis ni memang ramai.

imamuda4

Kami sempat beramah mesra bersama mereka sambil memperkenalkan AMPAC dan Az-Zahrah. Kemudian para Imam Muda ni di’saji’kan dengan sesi ilmiah bersama pakar dietetik Az-Zahrah, Pn. Siti Hajar yang telah berkongsi pelbagai tips pemakanan yang membantu para Imam Muda menjaga kesihatan mereka.

Fuh…memang hangat le slot tu. Macam-macam soalan ditanya. Bukan sahaja daripada Imam Muda tetapi juga crew yang hadir termasuk director. Hehe..

Kemudian kami ke Nuin Corner, makan masakan Perak yang memang sedap. Dan sepanjang kehadiran Imam Muda ini, BaDR banyak berbincang dengan mereka tentang pelbagai perkara.

Pasal masalah remaja sekarang ni… pasal peranan imam dan bagaimana melebar luaskan lagi pengaruh dan kesan dakwah… pasal business… pasal training dan macam-macam lagi… Dan mereka ini peramah belaka. Very nice guys.

Kemudian Imam Muda ini dibawa melawat Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah untuk melawat pesakit.  Kehadiran mereka sememangnya menceriakan keadaan.

Bila BaDR pikir2 balik, lebih baik budak2 minat dengan Imam Muda ini daripada memuja dan memuji artis yang ntah hape2 di luar sana. Syukur kepada Allah kerana idola alternatif semakin ramai.

imamuda

Jadi bagi mereka yang sukakan kerja dakwah, tidak lama lagi kareer mu ini bakal menggegarkan media!

]]>
http://badrulsani.com/blog1/2010/07/08/imam-muda-in-da-house/feed/ 0
Az-Zahrah is expanding! http://badrulsani.com/blog1/2010/07/08/az-zahrah-is-expanding/ http://badrulsani.com/blog1/2010/07/08/az-zahrah-is-expanding/#comments Thu, 08 Jul 2010 08:11:38 +0000 BaDR http://badrulsani.com/blog1/?p=579 Alhamdulillah, sudah 13 tahun Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah bertapak dan kini empayarnya semakin berkembang maju. Tahniah kepada pihak pengurusan dan warga kerja Az-Zahrah yang telah bertungkus lumus selama ini. Syukur alhamdulillah, segalanya sudah berhasil.

Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah Bandar Baru Bangi, Poliklinik Az-Zahrah Bandar Teknologi Kajang, Poliklinik MMU Cyberjaya, Bangi Dialysis Centre, Kolej Kejururawatan Murni, Az-Zahrah Women Wellness Centre dan Az-Zahrah Multi-Intelligence Academy merupakan antara elemen yang membentuk empayar Az-Zahrah. Subhanallah, semua ini diusahakan oleh kakitangan yang 100% Muslim dan ini membuktikan bahawa kita mampu melakukannya jika kita tahu cara melakukannya!

Rahsia kejayaan Az-Zahrah yang Badr dapat kongsi dengan semua adalah, sesebuah organisasi mesti ditunjangi PERJUANGAN dan bukan semata-mata utk meraih keuntungan.

Perjuangan adalah booster. Perjuangan menjana momentum. Dan sesungguhnya perjuangan menyelamatkan organisasi daripada dikuburkan dengan ketamakan dunia.

Dan perjuangan Az-Zahrah adalah menegakkan syiar Islam di samping membantu masyarakat yang memerlukan perkhidmatan kesihatan. InsyaAllah, Az-Zahrah akan terus berkembang maju dan terus maju. Selagi perjuangan ini dijadikan matlamat, gerakan murni ini pasti mendapat tempat di hati masyarakat.

Selamat datang diucapkan kepada anda semua ke Poliklinik Az-Zahrah, Bandar Tun Hussein Onn!!!

Poliklinik Az-Zahrah

]]>
http://badrulsani.com/blog1/2010/07/08/az-zahrah-is-expanding/feed/ 0
KONDAQ : Konsert Al-Aqsa!! http://badrulsani.com/blog1/2010/06/25/kondaq-konsert-al-aqsa/ http://badrulsani.com/blog1/2010/06/25/kondaq-konsert-al-aqsa/#comments Fri, 25 Jun 2010 06:15:45 +0000 BaDR http://badrulsani.com/blog1/?p=572 Poster KonDAQ -latest

]]>
http://badrulsani.com/blog1/2010/06/25/kondaq-konsert-al-aqsa/feed/ 0
Daniel…Satu Ketika Dahulu! http://badrulsani.com/blog1/2010/06/17/daniel-satu-ketika-dahulu/ http://badrulsani.com/blog1/2010/06/17/daniel-satu-ketika-dahulu/#comments Thu, 17 Jun 2010 13:46:38 +0000 BaDR http://badrulsani.com/blog1/?p=566

]]>
http://badrulsani.com/blog1/2010/06/17/daniel-satu-ketika-dahulu/feed/ 0
Apa cerita dengan Seminar Pecutan Akhir di N9? http://badrulsani.com/blog1/2010/06/17/apa-cerita-dengan-seminar-pecutan-akhir-di-n9/ http://badrulsani.com/blog1/2010/06/17/apa-cerita-dengan-seminar-pecutan-akhir-di-n9/#comments Thu, 17 Jun 2010 06:10:21 +0000 BaDR http://badrulsani.com/blog1/?p=570 Petikan dari krimns.wordpress.com

Seremban 07 Jun 2010 – Seawal cuti persekolahan pertengahan tahun bermula, Kelab Remaja ISMA Negeri Sembilan (KRIM NS) berkesempatan mengumpulkan 80 orang remaja sekitar Negeri Sembilan dan Selangor dalam program motivasi peperiksaan, ”Seminar Pecutan Akhir PMR & SPM” di Lecture Theatre 1, Kolej MARA Seremban, Negeri Sembilan. Program ini dimulakan dengan taklimat ringkas program dan diikuti dengan nyanyian lagu KRIM oleh para peserta yang terlibat.

Program motivasi santai dan bersahaja ini dikendalikan oleh Saudara Badrul Sani atau lebih mesra dengan panggilan Abang Badr. Beliau memulakan slot motivasi ini dengan sesi  ice breaking bagi membolehkan peserta dan beliau sendiri mengenali antara satu sama lain. Kemudian peserta dikehendaki memenuhkan empat kolum dalam sehelai kertas bertujuan mengenal diri sendiri. Antara yang ditekankan adalah  matapelajaran yang paling diminati dan yang paling lemah mesti dikenalpasti oleh setiap peserta dalam slot ini. Kemampuan dan kebolehan Abang Badr mengendalikan slot ini membuat peserta tidak malu-malu atau ragu-ragu menyatakan kekuatan dan kelemahan diri masing-masing dalam suasana yang cukup ceria.

Slot pembukaan yang menarik menjadikan peserta yang terlibat dapat memberi respon yang cukup positif dalam slot-slot berikutnya. ”My Life Time Line” membuka minda pelajar terutama yang bakal menduduki PMR dan SPM tahun ini untuk memenuhi masa yang masih berbaki dengan perancangan yang teliti dan pelaksanaan yang berkualiti. Perbincangan dua hala antara adik-adik peserta dan Abang Badr menghidupkan suasana pagi tersebut dan memberi panduan berguna tentang kaedah memanfaatkan sepenuhnya kekuatan dan kelemahan diri. Seterusnya peserta diberi peluang bersuara  untuk mengemukakan pendapat  dan idea masing-masing  dalam slot ”Battle of Tounges”. Abang Badr telah berjaya membuatkan adik-adik peserta berdebat hebat antara kumpulan melalui tajuk-tajuk yang  sengaja diprovokasikan. Peserta yang rata-rata baru pertama kali bersua mula menunjukkan kebolehan masing-masing dalam mengeluarkan pendapat dan hujah.

Selepas minum pagi, sesi motivasi ini diteruskan dengan merungkai rahsia ”Brilliant Students”. Perkongsian dan tips yang disampaikan dalam sesi ini membuka minda peserta untuk memastikan setiap peserta mampu untuk menjadi pelajar bijak, berkonsepkan orang lain boleh cemerlang kenapa tidak anda? Seterusnya peserta perlu menduduki ujian ”Adakah Anda Brilliant Students?” Serta disusuli LDK menarik berbentuk simulasi ”Are You Brilliant Enough?”. Pembentangan kumpulan setelah sesi LDK ini menunjukkan kerjasama yang erat wujud dalam kumpulan walaupun peserta pertama kali berjumpa dan dari sekolah yang berbeza. Komitmen yang ditunjukkan oleh adik-adik KRIM ini secara tidak langsung menggambarkan mereka sangat berpotensi untuk menjadi Muslim Brilliant Students.

Setelah makan tengahari dan Solat Zohor, program ini diteruskan dengan perkongsian tentang “Brilliant Studens Reading Skills”. Perkongsian pengalaman peribadi Abang Badr sendiri menghidupkan suasana petang tersebut. Antara yang menarik termasuklah tips jika nak baca bab empat  jangan baca bab empat.Pastinya hanya peserta yang hadir tahu apa yagng tersirat disebalik ayat Abang Badr ini. Diselang seli dengan pelbagai intonasi suara anugerah Ilahi kepada Abang Badr dan sesekala fasi-fasi belau mencelah program ini diteruskan denganm slot “Brilliant Student Memorizing Skills”.

Tepat jam 3.30 petang itu, peserta yang hadir cukup bertuah kerana terpilih meduduki peperiksaan selenggaraan Abng Badr & Team “ Brilliant Students Exam”. Banyak manfaat  yang diperoleh oleh adik-adik perserta dalam sesi exam santai dan sempoi ini. Antaranya termasuklah pentingnya fokus dan tumpuan terhadap sesuatu. Sebelum slot motivasi bersama Abang Badr ini berakhir, adik peserta sekali lagi diberi panduan tentang ”My Life Time Line” dalam bentuk yang sangat praktikal untuk dipraktikkan oleh pelajar. Cukup menarik apabila hampir semua peserta menunjukkan perkataan Abang Badr Best dalam sesi ini. Antara pesanan Abang Badr buat peserta termasuklah pastikan minda sentiasa dipasakkan dengan perkataan ” saya boleh berjaya” dan perubahan mesti bermula dari sekarang. Slot motivasi ini diakhiri dengan bacaan doa yang dibacakan oleh Abang Badr sendiri khusus buat adik-adik peserta.

Program Seminar Pecutan Akhir ini diteruskan dengan  majlis penutup. Peserta yang hadir berkongsi maklumat tentang KRIM daripada video KRIM yang ditayang khas buat adik-adik peserta. Seterusnya ucapan Pengarah KRIM NS, Sdr. Norhelmi Bin Jamil melengkapkan lagi program ini. Penyampaian cenderahati dari KRIM NS kepada Abang Badr juga disampaikan di hadapan adik-adik peserta dengan disusuli tepukan gemuruh mereka. Sebelum bersurai dan bergambar kenang-kenangan, kesempatan yang Allah berikan ini juga dimanfaat oleh KRIM NS untuk mempromosikan Pertandingan Menulis Cerpen Islami 2010.

Semoga program ini diberkati oleh Allah S.W.T dan adik-adik peserta yang mengikuti  program ini mendapat seberapa banyak manfaat. Moga program ini menjadi pemangkin kepada mereka untuk membuat persediaan menghadapi cabaran peperiksaan yang mendatang. Jagalah hubungan dengan Allah, ibu bapa, guru-guru serta seluruh makhluk-Nya, moga kejayaan menjadi milik kalian. Amin.

]]>
http://badrulsani.com/blog1/2010/06/17/apa-cerita-dengan-seminar-pecutan-akhir-di-n9/feed/ 0
Jangan Asyik Menerima… http://badrulsani.com/blog1/2010/06/16/jangan-asyik-menerima/ http://badrulsani.com/blog1/2010/06/16/jangan-asyik-menerima/#comments Wed, 16 Jun 2010 13:30:58 +0000 BaDR http://badrulsani.com/blog1/?p=561

Orang yang memberi lebih baik dari yang menerima….

Betul..Jangan asyik kita menerima sebaliknya kita lebihkan memberi. Dengan hati yang ikhlas dan tindakan yang tulus, nescaya pemberian kita itu akan berbaloi di dunia dan di akhirat.

Dengan izin Allah, apa yang anda berikan itu akan membantu anda dalam pelbagai aspek. Dan yang menariknya kadang-kadang ia tidak boleh dibaca dengan mata kasar. Tapi yang pasti balasan Allah telah dijanjikan kepada mereka yang bersedekah dan membantu mereka yang memerlukan.

Jika anda memerlukan sesuatu sekarang ini, seperti keputusan peperiksaan yang cemerlang, kenaikan pangkat, kebahagiaan rumah tangga…maka pertimbangkanlah tindakan mulia ini…

Cuba anda fikirkan, apa yang anda mampu lakukan sebagai sumbangan. Jangan fikir duit je tau!

]]>
http://badrulsani.com/blog1/2010/06/16/jangan-asyik-menerima/feed/ 0
Libatkan Audiens! http://badrulsani.com/blog1/2010/06/15/libatkan-audiens/ http://badrulsani.com/blog1/2010/06/15/libatkan-audiens/#comments Tue, 15 Jun 2010 00:17:20 +0000 BaDR http://badrulsani.com/blog1/?p=557 Seorang yang bijak berbicara hanya dikira bijak apabila dia melibatkan audiens dalam persembahan bicaranya.

Libatkan audiens anda!

Libatkan audiens anda!

Itulah prinsip asas yang perlu anda praktikkan setiap kali berbicara. Antara kaedah untuk anda libatkan audiens ialah…

1. Bertanyakan soalan dan pastikan audiens menjawab dengan kuat. Jika tidak, ulang lagi soalan tersebut dan beritahu yang anda ingin jawapan yang lebih bertenaga…

2. Panggil salah seorang audiens ke depan. Daripada anda melakonkan sesuatu seorang diri, lebih baik anda ditemani pelakon tambahan… betul tak?

3. Pergi ke salah seorang audiens dan berbicara dengan audiens tersebut secara personal tetapi terbuka. Biar audiens lain mendengar supaya mereka dapat menyertai perbualan tersebut secara spontan.

4. Berikan hadiah kepada audiens yang berjaya menjawab soalan yang anda utarakan. Atau minta audiens tersebut bangun dan minta pula audiens yang lain berikan tepukan yang gemuruh!

5. Sembunyikan apa-apa di bawah kerusi audiens anda dan minta mereka yang memiliki brg tersembunyi tersebut bangun dan melakukan sesuatu. Elemen suspen amat menyeronokkan audiens tau!

Cubalah!

]]>
http://badrulsani.com/blog1/2010/06/15/libatkan-audiens/feed/ 0
Book of the week… http://badrulsani.com/blog1/2010/06/13/book-of-the-week/ http://badrulsani.com/blog1/2010/06/13/book-of-the-week/#comments Sun, 13 Jun 2010 13:10:42 +0000 BaDR http://badrulsani.com/blog1/?p=553 Baru-baru ni Badr baru habis khatam buku tokoh-tokoh pejuang Islam. Antaranya Tariq bin Ziyad, Muhammad Al-Fateh, Umar Abd Aziz, Salahuddin Ayubi dan Ali bin Abi Talib.

Dan minggu lepas baru lepas layan Detektif Indigo karya Faisal Tehrani. Menarik, Islamik dan informatif!

Dan minggu ni, Badr akan teruskan dengan satu karya yang cukup hebat…

Book of the week!

Book of the week!

CINTA DI RUMAH HASAN AL BANNA… tajuknya sahaja mencuit keinginan untuk mata menjamah…

Setakat ini susunan kata dan olahan cerita cukup ringkas dan menarik. Dan buku ni pun taklah tebal sangat. Cuma isinya amat dalam dan mampu meninggalkan kesan yang mendalam.

Jadi, bagaimana dengan anda? Kalau belum ada buku Book of the Week, just grab one! Apa-apa sahaja… kerana ia akan memulakan perjalanan anda menjadi lebih berpengetahuan…

Just nak ulang-ulang kata-kata rabbai Yahudi… ” umat Islam tidak akan dapat memenangi kita (Yahudi) kerana mereka adalah golongan yang malas membaca…”

Renung-renungkanlah!

]]>
http://badrulsani.com/blog1/2010/06/13/book-of-the-week/feed/ 0
Israel…Kamu Sudah Melampau… http://badrulsani.com/blog1/2010/06/08/israel-kamu-sudah-melampau/ http://badrulsani.com/blog1/2010/06/08/israel-kamu-sudah-melampau/#comments Tue, 08 Jun 2010 01:50:45 +0000 BaDR http://badrulsani.com/blog1/?p=545

Serangan ke atas Mavi Marmara baru-baru ini sesungguhnya membeliakkan mata masyarakat dunia tentang kebinatangan Israel. Hari ini bukan sahaja Muslim, tetapi masyarakat seluruh alam dihantukkan dengan kesedaran bahawa Israel bukanlah manusia yang boleh dikendalikan dengan perdamaian dan perbincangan.

Bangsa Yahudi Zionis ini seeloknya diperangi dalam segenap segi. Kekuatan ketenteraan, tekanan politik, sekatan ekonomi perlu disepadukan dan dilemparkan di atas pundak syaitan yang berpakaian jasad manusia ini.

Dunia perlu bangkit dari tidur yang diulit mimpi indah ciptaan Yahudi Zionis ini. Dunia perlu bersatu kerana Zionis tidak pernah menganggap dunia sebagai manusia yang setaraf dengan mereka.

Bagaimana dengan anda? Apa yang anda lakukan sekarang tatkala saudara di Gaza diganyang?

Ops…anda tidak merasakan mereka yang di Gaza itu saudara anda? Wah.. tahniah Yahudi kerana berjaya menghilangkan iman umat Islam yang sepatutnya percaya bahawa setiap Muslim itu bersaudara.

Apa yang anda lakukan untuk isu ini? Tidakkah anda menderma dan menyumbangkan apa yang patut untuk meringankan beban manusia di Gaza?

Ops… atau anda lebih pentingkan tembolok perut sendiri dan takut untuk kehilangan harta yang dicari setiap hari? Wah… tahniah Yahudi… sistem kapitalis kamu telah berjaya memupuk sifat cintakan dunia dan takut pada kematian….

Apakah yang anda lakukan untuk bersama-sama di dalam masalah ini? Tidakkah anda memboikot produk-produk pro-Israel?

Ops… atau anda sudah termakan dgn propaganda yang dimainkan oleh anjing-anjing Yahudi ini.. yang mengatakan bahawa dengan kewujudan syarikat merekalah maka wujudnya jutaan peluang pekerjaan yang membantu umat Islam di negara kita…?

Syabas Yahudi… ini kejayaan terbesar kamu. Seolah-olah syarikat kamulah tuhan yang memberikan rezeki kepada kami… tanpa syarikat kamu, maka matilah umat Islam kerana tiada peluang pekerjaan…  tanpa syarikat kamu habislah masa depan kami umat Muhammad kerana sudah tiada pilihan untuk bekerja… walaupun pada hakikatnya hanya sampah yang dihidangkan oleh syarikat kamu, tetapi kamu berjaya mencucuk hidung kami untuk terus mencampakkan wang kami dalam mesin tunai syarikat kamu…

Kamu berjaya hilangkan rasa prihatin kami terhadap nasib kanak-kanak Gaza yang daging mereka hancur….dan menimbulkan rasa seronok menikmati daging kisar kamu di syarikat kamu… kamu timbulkan nikmat ketika menghirup air dan pelbagai lagi minuman aneh kamu, sedangkan setiap sedutan itu umpama menyimbah darah penduduk Palestin di bumi mereka sendiri…

Kamu hebat wahai Yahudi Zionis.. kamu hebat… sehinggakan aku selalu memikirkan… adakah kamu ini insan… atau sebenarnya bapak segala syaitan…

]]>
http://badrulsani.com/blog1/2010/06/08/israel-kamu-sudah-melampau/feed/ 0