Pintar sahaja tidak cukup!
Hari ini ramai ibu bapa yang berlumba-lumba untuk menghantar anak ke pusat tuisyen yang hebat dan mahal yurannya. Semuanya inginkan anak mereka cemerlang dalam akademik seolah-olah kecemerlangan akademik bermakna kecemerlangan segala-galanya.
Persepsi minda sebegini perlu dikikis oleh manusia-manusia yang ingin berjaya. Kerana kejayaan bukanlah terbina dengan hanya kecemerlangan akademik! Kejayaan menuntut lebih daripada itu!
Baiklah, saya bawakan satu kajian untuk renungan bersama. Profesor Lewis Terman dari Stanford University telah melaksanakan sebuah kajian yang melibatkan 1500 orang pelajar pintar.
Mereka mengikut rapat perkembangan para pelajar ini sehinggalah pelajar-pelajar pintar ini dewasa. Dan yang mengejutkan, hanya sebilangan kecil sahaja di kalangan mereka yang berjaya! Ingat, mereka semuanya pintar! Tetapi hanya sedikit yang berjaya! Kenapa ye?
Kerana yang sedikit itu bukan sekadar pintar tetapi memiliki matlamat yang jelas dan mempunyai kemahiran merencana & merancang dengan berkesan. Maknanya, pintar akademik bukan segala-galanya. Ia perlu dibangun bersama kecemerlangan EQ dan SQ. Barulah anak-anak ini bakal berjaya secara holistic, duniawi dan ukhrawi.
Jadi para pembaca sekalian, tuntutlah juga ilmu pembangunan dan motivasi diri. Kuasailah kemahiran-kemahiran insaniah (softskills) kerana skil-skil ini yang bakal memandu anda ke arah jalan yang cemerlang!
Ingat, YANG MENANG ADA MATLAMAT, YANG KALAH ADA ALASAN!





