Tips Motivasi: Ingin Malas? Ini Rahsianya…

MotivasiPublished January 26, 2010 at 12:42 pm 2 Comments

Dah menjadi lumrah… Ramai di kalangan kita yang lebih suka goyang kaki daripada berpeluh dan berdaki … Dan pengalaman saya berceramah turut membuka mata bahawa budak-budak sekolah pada hari ini (tak kira sekolah rendah atau menengah), menghadapi masalah malas yang cukup kritikal.

Jangan Malas!

Jangan Malas!

Jadi, oleh kerana ada permintaan yg tinggi untuk malas, sebagai seorang usahawan, saya sediakan untuk anda produk yg bakal membantu anda untuk bermalas-malasan!

DAILY MISSIONS…atau Misi Harian merupakan satu kaedah yg saya kerap aplikasikan dalam seminar-seminar motivasi, pengurusan dan teknik belajar. Dalam teknik ini, anda perlu mencatatkan perkara-perkara penting atau dengan perkataan yg lebih tepat, MISI anda pada hari tersebut.

Tulis dalam kertas atau buku kecil untuk memudahkan anda bawak Daily Missions anda, ke mana sahaja anda pergi. Dan yang paling penting, setiap kali anda sudah menyempurnakan misi itu, tolong POTONG misi tersebut dengan garisan melintang menggunakan pen! Ya, potong!

Kenapa ye penting sangat DAILY MISSIONS ni?

1. Hidup anda pada hari tersebut akan bermatlamat!

2. Anda dapat jimatkan masa untuk berfikir… “emmm,nak buat apa ye hari ni?” Eh, sedar tak..ini sahaja akan merugikan masa kita lebih kurang 60 minit sehari (jika combine semua masa berfikir tu). Tak ke rugi?

3. Anda sememangnya akan jadi produktif! Sebab tatkala anda memotong misi-misi yg telah selesai itu, akan terpancar semangat motivasi dlm diri anda untuk melakukan yang seterusnya! Ingat, the best motivator in this world is you!

4. Hidup anda pada hari tersebut akan cemerlang. Kalau setiap hari? Minggu itu minggu yg cemerlang… Kalau setiap minggu? Bulan itu bulan yg cemerlang… Kalau setiap bulan? Tahun itu tahun yg cemerlang… Kalau setiap tahun? Hidup anda selamanya cemerlang!

malas

Dan orang yg cemerlang… akan memiliki banyak masa untuk bermalas-malasan… dan orang yg malas, tidak akan cemerlang!

2 Comments to “Tips Motivasi: Ingin Malas? Ini Rahsianya…”
  1. asalamualaikum..
    saya nak tanya sedikit…
    bagaimana nak menghilangkan penyakit malas??
    saya selalu malas membaca buku.kerja rumah pun malas nak siapkan.saya selalu main saja…

  2. BaDR says:

    1. Doa supaya dihilangkan sifat ini! Allah Maha Kuasa..
    2. Anda perlu ada matlamat hidup yang jelas! Dan untuk menjadikannya lebih jelas, nampakkan matlamat anda di depan mata! Lekatkan kata-kata semangat yang ANDA sendiri tulis bersama-sama gambar ibu bapa anda yg penat bekerja… Lekatkan di tempat anda study… Tempat yg anda mesti lihat setiap hari! Ini akan membantu minda separa sedar anda untuk semakin bersemangat dan rajin untuk belajar!
    3. Main tak salah… cuma main yg tak ikut masa yg membunuh masa depan pelajar cemerlang! Teruskan bermain tetapi mesti ada jadual. Tak pun, kawtim dengan diri sendiri… kalau 30 minit main games, aku mesti belajar 1 jam… so kalau anda ingin 1 jam untuk games, 2 jam lah jawabnya untuk belajar… apa salahnya? games dapat, belajar pun dapat!

    Cuba tiga tips ini dengan sungguh-sungguh ye! InsyaAllah anda tidak akan malas lagi!

Leave a Reply

(required)

(required)