Tips Brilliant Students : Mula Awal!
Tips Brilliant StudentsPublished January 19, 2010 at 2:20 pm No CommentsYa… apa-apa pun, mulakan seawal mungkin! Bukannya apa, kita ni cuma manusia biasa. Tak semestinya apa yg dirancang itu menjadi… Kerana sebaik-baik perancangan adalah Allah s.w.t.. Jadi ubahlah sikap bertangguh atau buat kerja last minute…Yang penting mula awal…

Kejayaan Tidak Dicipta Dalam Tempoh Sehari
Contoh, kadang-kadang kita ada exam 29 Januari 2010. KIta target 26 Januari baru nak mula focus exam tu… Tapi macam mana kita boleh jamin bahawa 26-29 Januari itu kita dapat study yg berkualiti seperti yg kita rancangkan?
Mana nak tau, tiba-tiba anda demam… atau ada emergency.. ada kematian, anda terpaksa balik kampung! Atau 1001 lagi situasi yang mengganggu perjalanan perancangan kita tersebut. Bukankah ini akan mengganggu prestasi anda apabila menduduki exam 29 Januari tersebut?
Sebab itu, sementara ada masa terluang ini, awalkanlah persediaan anda. InsyaAllah ia akan banyak membantu dalam pelbagai segi. Dan ini bukan sekadar untuk students, para ibu bapa pun boleh amalkan dalam kehidupan seharian dan kerjaya.
Sebenarnya Badr & team baru pulang dari SK Seksyen 7, Bandar Baru Bangi… Untuk Seminar Pecutan Awal UPSR… Dan sememangnya program ini cukup penting kerana para pelajar perlukan turning point untuk mulakan pecutan!
Dan insyaAllah, jika mereka bersedia awal, kejayaan sudah pun menggamit di sana! All the best kepada adik-adik SKS7, semoga anda semua berjaya dengan jayanya!
Ingat ye semua… MULA AWAL!


