2010… Lembaran baru bermula!

Posted by BaDR on Jan 7, 2010 in Pengumuman |

Sesungguhnya 2010 ini bakal membawa banyak perubahan… Cuma diharap agar Allah berikan kita kekuatan untuk mampu menghadapi segala cabaran dan rintangan…

2010..Here we come!

2010..Here we come!

 Kita jangan lari daripada cabaran… tetapi kita sepatutnya menghadapinya, mengatasinya dan insyaAllah mendapat manfaat daripadanya! Yang lari itu pengecut dan akan sentiasa dikejar dengan cabaran yang sama hingga dimamah usia.

Apa yang utama? Kekuatan! Kekuatan untuk menempuh cabaran itu yg paling penting. Dan yg menariknya, setiap kali kita menempuh cabaran, kita juga menjadi semakin kuat dalam pelbagai segi… Kematangan terutamanya… Kebijaksanaan dan kemahiran juga selalunya turut serta!

Jadi jangan kita jadi pengecut..penakut…kerana ia bukannya menyelesaikan masalah, malah menambahkan kepayahan masalah tersebut untuk diselesaikan!

When u have challenges, face them! Face them bravely! Because you’re going to be braver, stronger and smarter when u accomplish them!

Apa-apapun, bersyukurlah dengan apa yg anda miliki hari ini. Dan berusahalah untuk membuat yg terbaik dalam setiap perkara dalam kehidupan anda!

Badrul Sani
AMPAC 2010

Reply

Copyright © 2010 Badrul Sani.com All rights reserved.
Desk Mess Mirrored v1.3 theme from BuyNowShop.com.