Setiap Pencapaian Ada Harganya!

PengumumanPublished January 3, 2010 at 10:11 am No Comments

 Setiap pencapaian ada harganya…

Sblm Daniel mampu berjalan...terjatuh dan bangun adalah harganya..

Sblm Daniel mampu berjalan...terjatuh dan bangun adalah harganya..

Kita selalu terpegun dengan kejayaan seseorang… Kagum dengan pencapaian dan kecemerlangannya…

Kekaguman itu sepatutnya kita berikan terlebih dahulu kepada apa yg dilakukan olehnya sebelum mencapai kejayaan tersebut! Kerana usaha sebelum itulah harga untuk mencapai kejayaan yang disasarkan.

Dengan kata lain, jika anda ingin berjaya, perkara pokok yang perlu diutamakan adalah berapa usaha, tenaga, masa dan harta yang dilaburkan untuk mencapai kejayaan tersebut. Kerana setiap pencapaian itu ada harganya!

Ingin berjaya dalam pelajaran? Berapa banyak masa digunakan untuk mentelaah pelajaran…? Berapa buah buku dibaca dan berapa banyak latihan disempurnakan…? Berapa kerap guru ditemui untuk berbincang isu pelajaran…? Berapa kali doa dipohon agar dikurniakan kejayaan oleh Pemberi kejayaan…?

Ingat…setiap pencapaian ada harganya!

Ingin berjaya dalam kerjaya? Berapa dalam komitmen yg diberikan kepada perniagaan…? Berapa byk kelemahan diri yg diperbaiki dari semasa ke semasa…? Berapa lama masa dilaburkan untuk memikirkan strategi untuk maju dalam kerjaya…?

Ingat…setiap pencapaian ada harganya!

Dan ingin bijak berbicara? Berapa byk buku untuk hebat berbicara telah dibaca…? Berapa byk masa digunakan untuk berlatih, berlatih dan berlatih…? Berapa kerap anda mempraktikkan segala ilmu dan teknik di hadapan audiens yg sebenar…?

Ingat… setiap pencapaian ada harganya!

Jadi, setelah anda miliki visi untuk berjaya, jgn tangguh lama-lama kerana masa untuk membayar harganya telah tiba!!! Jom!

BADRUL SANI
Bangi 2010

Leave a Reply

(required)

(required)