Kita Merancang, Allah Yang Menentukan!
Sekarang BaDR boleh menarik nafas lega… Penjelajahan ceramah Speak Out AMPAC di sekolah-sekolah telah melabuhkan tirai 2009 nya baru-baru ini. Dan sekarang sedang mempersiapkan diri untuk 2010!
Siapa sangka 2009 yang disangka akan kurang ceramah dan program ini berakhir dengan pelbagai program, seminar, bengkel dan kem. Kita cuma merancang, Allah yg menentukan.
Minggu lepas, BaDR berkelana di muka bumi Allah ini bersama isteri tercinta, mencurahkan bakti,ilmu dan pengalaman untuk dikongsi bersama ratusan pelajar di semenanjung Malaysia.
Bermula dengan Seminar Kepimpinan Lestari di Sekolah Menengah Sains P.Pinang, kami bersama dengan para pemimpin pelajar untuk berkongsi teknik komunikasi dan skil memimpin. Memang gempak budak-budak ni!

bersama Pemimpin SAKBA
Esoknya pula, dengan modul yang lain tetapi di sekolah yang sama, kami bertemu pula dengan semua pelajar SMS Kepala Batas untuk Jelajah Pembicara Gemilang! Wah, nampaknya semua pelajar sekolah ini telah menerima sentuhan Abg BaDR! Luar biasa! Pertama kali dalam sejarah…

bersama pelajar SAKBA
Selepas Pulau Pinang, Sekolah Dato Abdul Razak pula memanggil-manggil kami ke Seremban untuk bersama mereka dalam pertandingan forum peringkat saringan. Sebagai jurulatih, juri dan seterusnya hakim, BaDR bertanggungjawab dalam membuat pemilihan yang terbaik di antara yang terbaik. Apapun tahniah kepada semua. Kita cuma merancang, Allah yg menentunkan!

bersama pemforum SDAR
Dari Seremban, esoknya kami terus pula ke Jasin, Melaka untuk bersama-sama dengan 439 orang calon SPM, MRSM Tun Ghafar Baba! Inilah pertama kali BaDR berseminar di MRSM. Jika mengikut perancangan, MRSM Kuantan yang disasar untuk menjadi MRSM yg pertama dijelajahi, tetapi kita cuma merancang, Allah yg menentukan!
Wah, program di MRSM TGB ni memang gempak. Ramai betul! Dan mereka ini bijak-bijak belaka. InsyaAllah jika mereka stabil keempat-empat aspek kekuatan manusia itu, mereka mampu cemerlang!

bersama calon SPM MRSM TGB
Habis di MRSM, esoknya di SMK Jalan Reko pula. Dekat je dengan rumah BaDR. Dan ini pula merupakan perkongsian kemahiran kepimpinan bersama pengawas-pengawas yang baru dan lama. Walaupun tak sampai 100 orang, tapi memang enjoy! Diorang ni memang sporting!

bersama pemimpin REKO
Habis je di Jalan Reko, fokus diberikan kepada Excellent Muslim Camp-1 untuk AMPACers 11! Program dua hari satu malam yang menekankan aspek akidah dan ibadah ini merupakan program yg cukup luar biasa. Nak cerita pun segan. Tapi sememangnya sepanjang program itu, Allah telah membuka jalan bantuan yang cukup besar sehingga menjayakan program ini dengan jayanya…
Tangisan kerana takutkan Allah, rindukan Rasulullah s.a.w. dan insaf dengan kesalahan diri menyelangi EMC-1 ini bersama pengisian-pengisian daripada ustaz-ustaz jemputan.
Syabas kepada semua atas kerjasama yg cukup hebat. Kita cuma merancang, Allah yg menentukan!




