Kepulangan Dari ESQ…
Perkataan yang terbaik untuk menggambarkan betapa terkesannya BaDR menerusi seminar ini ialah “Subhaanallah, Walhamdulillah, Wala Ilaha Illa Allah, Wallahu Akbar!”
Sememangnya seminar ini sesuatu pengalaman yang cukup hebat. Terima kasih kepada Allah dan RasulNya atas segala-gala-galanya! Hari ini baru hamba ini tahu maksud hamba & khalifah yang sebenar…
Seminar ESQ ini lain dengan kursus-kursus pembangunan diri sedia ada. Yang jelas bezanya adalah ESQ merupakan ‘experience seminar’ dan tiada langsung catatan nota dibuat sepanjang program 3 hari ini. BaDR tidak perlu mencatat dan cuma perlu merasa.
Kalau selalunya kita diasak dengan persoalan, idea, tips dan informasi untuk santapan IQ, seminar ini lebih untuk hidangan EQ & SQ!
Dihadiri oleh 200 orang peserta dan sebahagian besar ini juga merupakan orang-orang besar badan kerajaan, IPTA, IPTS dan syarikat-syarikat swasta. Dibimbing pula oleh trainer yang hebat-hebat belaka iaitu Pak Aminul, Bang Faizi dan Bang Deen.
Memang air mata tidak disedari membasahi pipi. Keinsafan dapat dirasakan meresap ke dalam jiwa. Kaedah persembahan seminar ini yang bertunjangkan multimedia canggih telah menjadi salah satu faktor terbesar keberkesanan program.
Hebat…Ada kelas! Bangga ada kompeni Islam yg mampu memberi servis tahap antarabangsa.
Jadi siapa yang belum menyertainya, apa kata anda sertainya. Konsep yang simple (ihsan, iman & Islam) yang anda sudah pun mengetahui huraiannya… cuma kali ini persoalannya bukan sama ada anda mengetahui tetapi adakah anda merasainya?! IQ anda mungkin hebat tapi bagaimana pula dengan aspek yang sepatutnya menjadi tunjang hidup anda?…ESQ?
Jika anda skeptikal dan mengenali ESQ sebagai seminar semata-mata untuk menangis… Persoalan saya adalah..
BILAKAH KALI TERAKHIR ANDA MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH?
BILAKAH KALI TERAKHIR ANDA MENANGIS KERANA RINDUKAN RASULULLAH?
DAN BILAKAH KALI TERAKHIR ANDA MENANGIS KERANA MENGINGATKAN DOSA ANDA, KEEGOAN ANDA DAN KELEMAHAN ANDA?
Fikir..fikirkanlah…




