Hari ‘International’ Ku…

Posted by BaDR on Oct 19, 2009 in Pengumuman |

Pada tanggal 17 Oktober 2009, BaDR mengisytiharkan hari tersebut sebagai Hari ‘International’ Ku…

Jom kita mulakan!

Pada sebelah pagi, tatkala ayam pun masih menggosok matanya, BaDR bersama rakan karib yang bernama ‘keyakinan diri’ meluncur laju ke Az-Zahrah, berkumpul untuk memulakan konvoi kami ke Pusat Perubatan UKM atau nama dulunya HUKM.

MC for International Conference

MC for International Conference

Di sana, BaDR telah diamanahkan untuk menjadi Master of Ceremony bersempena dengan International Conference : “Implementing Islamic Principles in Healthcare” anjuran Konsortium Hospital Islam Malaysia.

Peserta International Conference

Peserta International Conference

Yang menariknya, pada pagi tu baru dimaklumkan yang program tu nak dibuat dalam dua bahasa. Asalnya cuma bahasa Inggeris tapi tetiba tukar pulak. Kesian kepada MC perempuan (Linda) yang terpaksa kelam kabut untuk menyesuaikan diri menjadi MC terjun dengan keadaan last minute tersebut. Tapi berkat ketabahan dan sikap buat tak tau kami, semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah…

 

Tips : Sesiapa yg menjadi MC, BERSEDIALAH UNTUK TIDAK BERSEDIA!

Memang conference tu dihadiri oleh ramai orang. Penuh auditorium! Yang

Menteri di Jabatan Menteri dan VVIP yg lain

Menteri di Jabatan Menteri dan VVIP yg lain

datang merasmikan pulak adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Antara peserta yang hadir adalah dari Indonesia, Thailand, Pakistan, Uganda dan ramai lagi sahabat-sahabat International yang lain. Rasa seronok sangat bila amanah telah diselesaikan. Lega nampak muka Linda waktu tu.

Habis je slot Opening Ceremony tu, BaDR terus pecut ke rumah. Tengok anakku yang sedang mengalami International disease iaitu demam campak. Alhamdulillah, berkat doa dan ikhtiar yg digunakan, Daniel tak banyak buat perangai. Macam biasa, (produk Fusion Excel International) dipakaikan, plus daun semambu dijadikan suppliment.

Dah lega sikit hati, BaDR terus ke AMPAC untuk slot bersama AMPACers 11. Wah diorang semua nampak smart giler dengan pakaian International dan tradisional bersempena dengan Professional Day hari tu.

AMPACers 10 @ Coaching Zone

AMPACers 10 @ Coaching Zone

AMPACers 10 waktu tu pulak berada di Coaching Zone, Seri Kembangan. Diorang ada sesi khas untuk mendalami International language iaitu bahasa Inggeris! Memang gempak aktiviti di sana.

Lepas belajar teori tentang Seni Berbicara, AMPACers 11 telah diberikan tajuk pidato masing-masing. Wah, nampaknya diorg lagi cepat daripada AMPACers 10. Setelah dibimbing dengan intonasi berkesan, BaDR heret bebudak ni ke depan Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah untuk berpidato.

Pidato di Depan Az-Zahrah

Pidato di Depan Az-Zahrah

Haaa…amik korang! This is a real training. Tak boleh dah nak kontrol-kontrol! Dan alhamdulillah nampak ketara perubahan dalam kemahiran berbicara diorang semua. Tahniah. Ni yg nak bawak AMPAC ke peringkat International ni!

Habis je AMPAC, terus gi open houses! Mula-mula rumah Amirul Hafiz & Aman. Tak sampai 20 minit, terus gerak ke rumah Fatin Nadiah pulak. Semua dalam lingkungan 650 meter daripada rumah BaDR. Hehe…

Nak dijadikan cerita, di rumah Nadiah, BaDR berjumpa dengan lecturer / ustaz BaDR waktu di International Islamic University Malaysia dulu.. Ustaz Ghazali… Tak boleh lupa dia sebab ustaz ni antara yang memberikan A bulat pada BaDR waktu exam dulu. Hehe.. Yg terharunya, ustaz ni siap simpan lagi keratan pasal BaDR & AMPAC waktu keluar paper dulu… Mudah-mudahan dapat bekerjasama selepas ni…

Habis je open houses, terus balik rumah jap, solat maghrib dan terus ke dinner Fusion Excel International di MAEPS, Serdang! Tapi sebelum tu, kitaorg gi jemput srikandi-srikandi USIM di Nilai dulu. Ramai gak, dalam 5 orang.

171020096387

Di Dinner Fusion Excel

Sampai di sana, BaDR terkejut tengok banyak betul kereta yang nombor platnya pelik. Rupa-rupanya, 10 orang Duta / International Ambassadors telah dijemput untuk hadir ke dinner tersebut. Dan untuk meraikan mereka, persembahan yang ditampilkan menggabungkan kesemua negara-negara yg hadir! Laos, Cambodia, Vietnam dan beberapa lagi…

BaDR & Safee Sali

BaDR & Safee Sali

Wah, sempat jugak BaDR bergambar dengan pemain bola sepak negara, Safee Sali! Memang sporting dia ni.

Dalam masa yg sama, di rumah BaDR, serbuan telah dilakukan oleh AMPACers yang dikepalai oleh AMPACorporates, Hanim. Diorg datang beraya dan bermain games. Dan konsep permainan diorg memang aneh dan lain daripada yg lain. (Tak boleh citer lebih2, nanti mengaibkan! Huhuhu!). Mereka ini dibimbing oleh beberapa pelajar Foundation of Studies, International Islamic University Malaysia.

Dan tidak lupa, hari tu juga, BaDR dapat message dari Hasan di Mesir. Wah, dia dah ada akaun Flickr dan banyak ler gambar2 dia kat Mesir tu! Cayalah Hasan. Memang international la gambar tu!

Hasan menguasai Piramid!

Hasan menguasai Piramid!

Dan malam tu diakhiri dengan kepenatan tahap tinggi atau tahap international! Jadi, berakhirlah,Hari International Ku…

Jangan marah aaa…

1 Comment

hasan
Oct 25, 2009 at 1:53 am

hahaha..termasuk jugak ke dlm international?thanx very3 much anyway..wallahi,uhibbuka jiddan2.. :D

yeah abg badr!! to international n beyond!! mcm buzzlightyear plak..hehe.. ;)


 

Reply

Copyright © 2010 Badrul Sani.com All rights reserved.
Desk Mess Mirrored v1.3 theme from BuyNowShop.com.