Rujukan : Membina Networking…

Selamat Hari Raya AMPAC!
Tidak dapat dinafikan, sememangnya networking atau rangkaian amat penting dalam kehidupan kita. Brian Tracy dalam bicaranya juga pernah memperkatakan tentang Rahsia Segala Rahsia Untuk Berjaya.
Dan beliau menyimpulkan bahawa untuk berjaya, anda perlu belajar daripada mereka yang telah berjaya. Kerana anda tidak cukup masa untuk melalui semua sendiri. Dan bukankah dalam Al-Quran turut dibicarakan tentang kaedah ‘jika hendak tahu tentang sesuatu, tanyalah orang yg arif tentang hal tersebut.’
Maka untuk tujuan itu, anda perlu miliki networking yang lebar, besar dan segar. Mudah-mudahan, daripada rangkaian anda ini, anda dapat pelajari pelbagai rahsia untuk berjaya dalam hidup anda. Kalau seorang mengajar 1 tips yang mudah dan praktikal untuk berjaya. Bayangkan jika rangkaian anda memiliki 150 orang? Bagaimana pula jika 1000 orang? Ini menjimatkan masa anda untuk berjaya!
Sebab itulah baru-baru ini kami mengadakan ALUMNI AMPAC Raya Gathering di rumah En.Abd Rahman Mat Dali, Pengarah Urusan Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah. Selain meraikan Syawal, kami juga memperkukuhkan tautan silaturahim antara AMPACers dan Alumni AMPACers. Kerana tidak lama lagi, mereka pun akan bekerjaya dan networking ini akan terus memberi nafas sokongan di mana mereka berada!

AMPAC Alumni Gathering Cake!
Meskipun bertemakan jamuan, sempat lagi kami lakukan beberapa aktiviti untuk meramaikan kenalan dan rakan!
Dan sehari selepas itu pula, Speak Out AMPAC menganjurkan pula Seminar Asas Bijak Berbicara PERCUMA untuk para pembeli buku BIJAK BERBICARA MENCUIT RASA. Yang menariknya, pelbagai jenis lapisan masyarakat hadir.

Seminar Asas Bijak Berbicara AMPAC
Ada yang masih belajar, sudah bekerja dan ada yang berniaga. Rakan-rakan lama BaDR turut hadir pada hari tersebut dan nostalgia-nostalgia lama disingkap kembali.

Nasrul Amri
Saudara Nasrul Amri, penulis buku Rahsia Pemasaran FACEBOOK turut hadir. Dan BaDR pun sempat dapatkan bukunya untuk memanipulasikan FACEBOOK account BaDR. Hehehe…
Dan daripada seminar itu, NETWORKING terjalin lagi. Dan ini pasti bakal memudahkan urusan pada masa akan datang yang semestinya tidak dapat kita duga. Jadi lebih bersedia dengan baju hujan sebelum hujan lebat turun menggila!
Tak cukup dengan tu, habis je seminar, terus pula ke rumah jiran untuk beraya. Lepas tu, bergegas pula ke rumah student-student ku yang dikasihi yang menjemput ke rumah untuk beraya! (ada gak yg tak jemput sampai hari ni! ish..ish). Maka berlakulah lagi networking!
Serius, perbanyakkan networking anda. Dan ingat, pastikan ada business card/name card.. inilah tinggalan anda untuk mereka!





Ayah!!! kuih badak brendam pon ade..hehe..
bukan setakat badak berendam, macam-macam lagi ada hasan… kek,buah,nasi beriani,lemang etc… teringat kat hasan…