Alhamdulillah…kesibukan ada batasannya!

Posted by BaDR on Oct 12, 2009 in Motivasi |
Akhirnya...sampai juga penghujungnya...

Akhirnya...sampai juga penghujungnya...

Sekali lagi BaDR bercakap tentang kesibukan. Antara yang menariknya adalah, kesibukan ini pasti ada penghujungnya. Dan apabila anda tiba di penghujung setiap kesibukan, anda pasti tidak menyesal tatkala menoleh ke belakang.

Memerhatikan segala usaha yang diperah dan keringat yang tercurah sepanjang kesibukan itu, membuatkan bibir menguntum senyum dan lidah melafazkan alhamdulillah…

Mana tidaknya, sepanjang anda sibuk, anda telah menggunakan segala yang termampu. Masa, tenaga dan wang ringgit mengalir deras tanpa berfikir panjang dek kerana kesibukan yang menggila.

Dan dalam masa yang sama, kematangan anda, kekuatan anda dan kemahiran anda turut melonjak meninggalkan prestasi lama!

Dan kesibukan akhirnya bertemu noktah…. Kelapangan hadir menggantikannya..

Gunakanlah waktu yang anda peroleh hari ini untuk melakukan kebaikan. Buatlah benda-benda yang anda terlepas pandang sepanjang kesibukan itu. Lakukan dengan riang meskipun tugas itu panas membahang…

 Alhamdulillah, hari ini kesibukan itu hilang sebentar. Ku gunakan saat dan ketika ini untuk melakukan apa yang sepatutnya. Agar perananku sebagai khalifah dan hamba bergerak bersama, seiya sekata, sehati sejiwa…

Bagi anda yang sedang sibuk, ingatlah, KESIBUKAN ITU ADA PENGHUJUNGNYA!

Reply

Copyright © 2010 Badrul Sani.com All rights reserved.
Desk Mess Mirrored v1.3 theme from BuyNowShop.com.