Sibuk & Rezeki…

Posted by BaDR on Oct 7, 2009 in Pengumuman |

Salam semua!

sibuksainMemang BaDR sejak kebelakangan ni amat sibuk. Rasa nak mengeluh pun ada… Badan penat, rehat tak cukup dan masa yang cukup singkat untuk buat aktiviti harian.

Tapi alhamdulillah, ada orang yang menyedarkan BaDR betapa bersyukurnya memiliki kesibukan ini. Setidak-tidaknya ini menandakan rezeki BaDR sentiasa dianugerah oleh Allah. Maklumlah, kalau tak sibuk maknanya tiada produktiviti berlaku…

Habis je raya hari tu, pelbagai aktiviti BaDR & RaiDah lakukan. Ada satu hari tu, BaDR ke Janda Baik, Pahang (hantar brg Grand Bonding) pada sebelah pagi..kemudian petang pula ke Seremban, Negeri Sembilan (Latihan Pidato & Forum di SDAR)…lepas tu senja pula bertolak pulang ke Penang.

Nak kata penat memang penat. Tapi alhamdulillah kudrat yang Allah pinjamkan beserta doa & tawakalLoket Quantum Science yang dipakai, dan motivasi isteri yang konsisten menyebabkan BaDR mampu melaluinya dengan tabah dan gagah…

Seminar Asas Bijak Berbicara

Seminar Asas Bijak Berbicara

Tiba di Penang, bersedia pula untuk Seminar Bijak Berbicara dengan para mahasiswa & mahasiswi UiTM Kedah di Merbuk. Best betul! Pengalaman yang menarik! Dapat jumpa ibu kepada sahabat baik waktu di sekolah dulu!

Lepas tu, sebaik habis seminar, balik terus ke Bangi sebab malam tu ada latihan bersama Brilliant Students’ Skills Students batch yang terbaru!

AMPACers 11 Grand Bonding

AMPACers 11 Grand Bonding

Tak habis kat situ, esok seawal 6pg, keluar ke AMPAC untuk program AMPAC Grand Bonding di Janda Baik, Pahang.  Alhamdulillah program semuanya berjalan dengan lancar dan berkesan!

Isnin cuti…(haha…takde la rehat sangat pun). Pulun habis-habisan siapkan kerja…then lepas tu? Hehe.. keluar dating ler… Daniel pula di rumah Mummy Ash, so mak bapak dia pun pegila tengok wayang di MINES… huhu.. seronoknya dah kahwin…

 

 

 

 

SMK Bdr Tasik Kesuma

SMK Bdr Tasik Kesuma

Selasa? Dah mula penjelajahan… Seminar Pecutan Akhir SPM & STPM di SMK Bandar Tasek Kesuma. Hampir 200 orang pelajar menyertainya dan alhamdulillah, impaknya cukup besar untuk semua!

Balik je dari ceramah, ada meeting pulak di Az-Zahrah. Lepas meeting? Rehat jap then pegi pula USIM untuk bantu adik-adik membina perniagaan Fusion Excel. Bawak diorang ke Petaling Jaya untuk Majlis Hari Raya dan Presentasi Perniagaan. Alhamdulillah, perniagaan mereka dah mula berkembang ke Universiti Malaya!
SRA Al-Farabi, Klang

SRA Al-Farabi, Klang

Rabu? Awal pagi dah bersiap dan terus shoot ke Klang! Ada Jelajah Pembicara Gemilang di SRA Al-Farabi. Bukan main seronok adik-adik tu berkongsi rahsia Bijak Berbicara. Sepatutnya lepas tu kena pegi Seremban, tapi last minute program cancel. Ada hikmahnya tu…boleh rehat… (rehat le sangat)..

Esok? Program di SK Putrajaya Presint 11(1) pula bersama pelajar darjah 5 untuk Seminar Bijak Mengurus Masa. Petang meeting pula dengan coach drama therapy… Malam macam biasa, Brilliant Students’ Skills Class.

Sabtu? Reunion AMPACers di rumah En.Rahman. Lepas tu, AMPACers 10 & 11 training session di AMPAC.

Seminar Asas Bijak Berbicara

Seminar Asas Bijak Berbicara

Ahad? Seminar Asas Bijak Berbicara untuk semua pembeli buku Bijak Berbicara Mencuit Rasa sewaktu tempoh promosi hari tu. Ada pensyarah, pegawai kerajaan, pelajar, surirumah dan ahli perniagaan sebagai peserta. InsyaAllah seminar yang mampu mengubah kehidupan mereka menjadi lebih hebat!

Fuh…alhamdulillah, di sebalik kesibukan ini Allah sertakan kesihatan dan kebahagiaan keluarga… Thank u Allah! Semoga kesibukan ini tidak mencuri tenaga dan masa aku untuk ingat dan mentaati Mu…Ameen!

Jangan mengeluh ye kalau rasa sibuk!

3 Comments

ara
Oct 8, 2009 at 2:14 am

salam abg bard!
sy student uitm merbok yg abg bard bg seminar ari tu.
Huh! Mmg best giler cara abg bard.
Sblom nie dh tgk org yg bijak berbicara nih, tp abg bard mmg giler power kot dr yg laen.
Bkn memuji, tp realiti.
Tahniah!
Dan terima kaseh.

:)


 
BaDR
Oct 9, 2009 at 9:55 am

salam ara.. thanks for the compliment.. Abg Badr pun banyak lagi nak kena belajar ni..
Student uitm merbok pun best giler! sporting habis!
InsyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi ye!
Dan sama-sama.


 
nuruladnil
Oct 11, 2009 at 5:47 pm

salam…
Abg bard!!!!
sy nurul..
sy pon dr UiTM Merbok,Kedah….
Besh la cara abg bard mengendalikan ceramah abg….
lain dr yg lain….
BUKU ABG BARD “BIJAK BERBICARA MENCUIT RASA” pon BESH…..
sy harap abg bard dpt membuat seminar di Uitm Merbok lg ye…..


 

Reply

Copyright © 2010 Badrul Sani.com All rights reserved.
Desk Mess Mirrored v1.3 theme from BuyNowShop.com.