Soalan : Bgmn Nak Elakkan Kaki Menggeletar?
Jawapan : Kaki biasanya menggeletar kerana dua elemen yang bergabung iaitu :
1) Perasaan gemuruh yang tidak terkawal
2) Kedudukan kaki yang tidak stabil
Untuk mengatasi masalah ini, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah memperbetulkan terlebih dahulu kaki sebelum memulakan apa-apa jenis bicara.
Kaki anda mesti tidak bengkok sehingga mewujudkan ruang antara tumit dan tanah. Ini yang menyebabkan anda tidak stabil. Dan ini yang menyebabkan anda menggeletar kaki!
Pastikan kaki anda stabil dan keseluruhan tapak kaki anda berpijak di lantai dengan sempurna! Best of luck!




