Era Bijak Berbicara baru sudah bermula!
Alhamdulillah, dengan keizinan dan rahmat Allah, bersempena pula dengan 10 malam terakhir Ramadhan ini, BaDR melancarkan gelombang era BIJAK BERBICARA yang baru!
InsyaAllah, ini merupakan satu titik permulaan yang lebih matang dan padu berbanding ketika pertama kali BaDR bergelumang dalam dunia latihan seni berbicara pada 2006 yang lalu.
BaDR pasti, dengan pengalaman diri dan petunjuk Ilahi, era ini bakal membawa impak yang lebih besar kepada diri, keluarga, teman-teman, anak-anak didik, perniagaan, organisasi, masyarakat, negeri, negara dan umat Islam keseluruhannya.
InsyaAllah, dengan berbekalkan doa sebagai senjata dan fikiran sebagai penimbang tara, Bijak Berbicara bakal muncul sebagai satu gerakan pembangunan potensi modal insan yang berkualiti. Ameen Ya Rabbal Alameen…
Selamat datang ke Dunia Baru Bijak Berbicara!
p/s : Anda juga boleh lawati www.bijakberbicara.com untuk wajah baru Speak Out Training & Management Services!




