
Hari Ibu… seperti biasa disambut bersama kenangan manis aku bersama arwah ibu yang telah pergi. Meskipun sudah tidak bersua, kasihku tidak pudar walau secubit…sayangku tidak hilang walau sekelumit… Semoga Allah lapang dan terangkan kubur arwah ibuku dan mudahkan perjalanannya ke syurga Ilahi… Suatu hari nanti kita pasti jua bertemu… Teringin sekali aku tunjukkan wajah cucu-cucumu yg comel ini. Teringin sekali aku kongsikan kisah jihad ku dan cerita-cerita perjuangan yg tak seberapa ini dengan mu… Sekurang-kurangnya dapat semula ku lihat kau tersenyum bangga. Wahai ibuku, ampunkan dosaku. Terima kasih kerana menjadi ‘malaikat’ yang dipinjamkan Allah walau hanya seketika cuma. Al-fatihah buat Hjh. Salsabil bt. Hj. Mohd. Khalil.
-BADRUL SANI Fan Page Status-













