Sukan Tradisional Yang BEST! PUBG pun kalah tau!

Assalamualaikum semua, apa khabar ? semoga hari ini anda semua boleh mencapai impian yang anda idamkan. Agar hari ini juga menjadi hari yang lebih baik dari semalam.

.

Hari ini, saya nak kongsikan perkara atau permainan zaman kegemilangan mak ayah serta datuk nenek moyong kita yang pernah hidup zaman tiada gadjet.

.

Terdapat banyak permainan tradisi yang kita mainkan pada zaman dahulu yang melibatkan anggota badan yang besar iaitu tangan, kaki dan keseluruhan anggota badan. Ianya termasuklah merangkak, berjalan, berlari, melompat, memanjat, membaling, menangkap, mengejar, menarik, menolak dan sebagainya.

.

Tanpa kita sedari, sebenarnya kesemua pergerakan ini mengukuhkan lagi kestabilan serta keseimbangan seluruh anggota badan kita sekaligus meningkatkan kemahiran motor kasar.

.

Sesetengah permainan pula memerlukan pergerakan anggota badan yang kecil seperti pergelangan tangan dan jari jemari tangan ketika bermain. Melalui permainan tersebut, kemahiran motor halus dapat diasah dan ditingkatkan.
(Kalau nak tahu lebih lanjut motor kasar dan motor halus boleh google sahaja, terdapat banyak maklumat yang ibu bapa akan dapat)

.

Jika diimbau kembali zaman kanak-kanak kita, kita akan berkumpul setiap petang di padang & taman permainan untuk bermain bersama rakan-rakan.

.

Walaupun permainan yang dimainkan ketika itu tidak secanggih permainan di gadjet anak-anak pada masa kini, ianya tetap menghiburkan dan menyeronokkan serta menjadi kenangan terindah buat kita, bukan?

.

Ni saya nak kongsikan permainan tradisional yang anda boleh main semula bersama dengan anak-anak kita. Lagi power dari pubg hehe

.

Slide2

1. TINGTING
Tingting merupakan permainan tradisional yang sememangnya popular sejak zaman dahulu lagi. Bermain tingting dapat meningkatkan kemahiran motor kasar anak sekaligus menguatkan lagi otot mereka. Mereka perlu menyeimbangkan badan mereka untuk melompat ke dalam kotak-kotak tingting tanpa terjatuh.

.

Slide3

2. LOMPAT TIKUS
Permainan lompat tikus ini memerlukan pergerakan berlari, melompat dan juga merangkak bagi melepasi halangan tangan serta kaki dua orang rakan sepermainan.
.
Melalui pergerakan-pergerakan dalam permainan ini, Sememangnya mengaktifkan seluruh badan. Berpeluh dan sihat.

.

Slide4

3. PUKUL BERAPA DATUK HARIMAU
Masih ingatkah lagi kita dengan adegan tarik menarik rakan dan baju rakan kita tatkala dikejar oleh ‘sang harimau’ dalam permainan ‘Pukul Berapa Datuk Harimau’ ini? Akhirnya apabila salah seorang daripada rakan kita terlepas pegangannya, kita semua akan lari seperti berlakunya gempa bumi.
.
Seram dan takut bila ditangkap oleh ‘harimau’, tetapi permainan ini tetap menyeronokkan! Permainan ini melibatkan pergerakan seperti berlari, mengejar dan menangkap rakan-rakan. Seronok! Jangan main malam ni ya..

.

Slide5

4. BATU SEREMBAN
Permainan batu seremban ini merupakan permainan tradisional yang hanya memerlukan kita duduk sahaja untuk bermain, Boleh bermain di mana-mana sahaja. ianya memerlukan fokus yang sangat tinggi serta koordinasi tangan dan mata yang baik untuk membaling dan menangkap semula batu yang dibaling itu.
.
Dengan pergerakan pergelangan tangan dan jari jemari tangan ketika bermain batu seremban ini, kemahiran motor halus anak dapat ditingkatkan.

.

Slide6

5. CONGKAK
Jangan kata anak, ibu bapa juga pasti akan berasa seronok sekiranya dapat bermain congkak ini. Permainan congkak memerlukan pergerakan tangan, pergelangan tangan dan jari jemari tangan yang cekap untuk bermain.
.
Dengan bermain congkak, ianya bukan sahaja melatih tahap fokus anak, tetapi juga dapat meningkatkan kecepatan tangan dan mata. Riuh macam tengok bola sepak bila main congkak ni dulu.

.

Slide7

Slide8

BONUS!
GALAH PANJANG dan TUJU SELIPAR
Memandangkan permainan galah panjang dan tuju selipar ini memerlukan ramai pemain, anak-anak mungkin boleh bermain bersama sepupu-sepupu mereka atau jiran-jiran terdekat. Lebih ramai yang dapat bermain, permainan ini pasti lebih meriah!
.
Bukan sahaja dapat melatih fokus malah dapat merapatkan lagi hubungan persahabatan dengan rakan-rakan sepermainan.

.

Walaupun kesemua permainan ini sangat popular pada zaman mak ayah, datuk nenek dan moyong, tetapi ianya jarang dimainkan pada masa kini. Peredaran masa telah mengubah populariti permainan-permainan tersebut.
.
Jadi apa tunggu lagi? Ayuh kembalikan nostalgia zaman silam kita dengan bermain permainan tradisional ini bersama anak-anak! =)

.
#ampacitujihad
#ampac2019
#permainan
#traidisional

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *