5 TIPS UNTUK ADA HUBUNGAN YANG ERAT BERSAMA ANAK

Sedihkan bila tengok anak sudah tidak rapat dengan ibu bapa. Waktu mereka kecil, kitalah HERO dan HEROIN kepada mereka. Tetapi bila mereka sudah besar tidak lagi menganggap kita sebagai HERO. Kenapa perkara ini terjadi ? Sebab ibu bapa sibukkah ?
 
.
 
Mungkin juga dalam zaman kita hari ini, semakin sukar untuk memberi perhatian yang konsisten pada anak-anak. Untuk ada hubungan yang erat bersama anak. Kita kena pastikan dari mereka kecil lagi kita sudah erat. Jangan tunggu mereka besar kerana itu lebih susah.
 
.
 
Jom Admin kongsikan TIPS UNTUK ADA HUBUNGAN YANG ERAT BERSAMA ANAK.
Slide1
 
.Slide2
“1. Tenangkan diri dahulu sebelum memberi respons waktu ketika marah.”
Sebagai Ibu Bapa yang mempunyai anak kecil memang ada masanya kita akan hilang kawalan. Walaubagaimana pun kita seharusnya pandai menjaga emosi kita terlebih dahulu.
.
Ibu bapa perlu sedar anak sangat sensitif terhadap perubahan emosi ibu bapa. Jangan ingat kata-kata dan kelakuan anda tidak akan menakutkan anak.
.
Sebelum ibu bapa hilang kawalan, cuba bertenang dahulu dan pertimbangkan perasaan anak. Lepas tenang baru kita memberi respons. Barulah anak kita semakin erat dengan kita. Tidaklah dia merasakan kedua ibu bapanya tak sayang padanya.
 
.
Slide3
“2. Beri kelonggaran kepada anak, tetapi jangan lupa untuk beri bimbingan dengan penuh kasih sayang.”
Menetapkan disiplin dan batasan yang sihat apabila anak masih kecil lagi adalah salah satu perkara yang amat wajib dalam melatih anak kecil. Cuma jangan lupa juga untuk memberi kelonggaran kepada mereka.
.
Kelonggaran bukan bermaksud kita membebaskan mereka untuk membuat apa-apa sahaj yang mereka suka tetapi kelonggaran yang diberi mestikan disertai dengan pantauan serta bimbingan. Jangan sampai anak kita hilang disiplin ya.
.
Sebenarnya, ibu bapa juga akan mendapat manfaat apabila memberi ruang kepada anak. Seperti contoh membenarkan mereka bermain bola di padang. Anak akan melatih diri dalam mempunyai kemahiran sosial yang padu.
 
.
Slide4
“3. Dengar kata-kata anak dengan teliti.”
Anak akan rasa disayangi jika ibu bapa meluangkan masa untuk mendengar luahan hati mereka. Anak perlu tahu perasaan dan pendapat mereka penting di mata ibu bapa.
 
Ini tidak bermakna ibu bapa mesti setuju 100% dengan pendapat anak, tetapi sekurang-kurangnya kita dengar dengan teliti apa yang mereka ingin katakan
 
Apabila anak nak ceritakan sesuatu, cuba fokuskan perhatian kita kepada anak. Jangan sesekali kita bermain telefon pintar semasa anak sedang membuat luahan. Ala, kita pun tak suka bila kita bercakap tetapi orang tak fokus kepada percakapan kita. Fokus kepada anak mesti anak bertambah sayang.
 
.
Slide5
“4. Kuatkan diri untuk mengendali stress dan tekanan.”
Apabila tertekan, jangan lupa setiap orang mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Jadi jangan paksa diri untuk menjadi ibu bapa yang sempurna dan jangan paksa anak untuk melakukan yang sama.
 
Sebaliknya, ibu bapa perlu peka terhadap keperluan anak. Ajar mereka untuk mengendalikan stress mereka sendiri, Kerana pada zaman kini, anak-anak kecil juga sudah reti untuk stress. Di jepun, tekanan remaja sampai membunuh diri. Apa yang kita perlu lakukan adalah berikan bimbingan langkah seterusnya untuk menangani masalah yang dihadapi.
 
Apabila anak boleh bergantung kepada ibu bapa untuk memberi tunjuk ajar, ini dapat membantu ibu bapa mengeratkan hubungan bersama anak.
 
.
Slide6
“5. Ajar anak pentingnya kebaikan dan belas kasihan.”
Jangan hanya pandai cakap sahaja ya ibu bapa. Kita perlu menunjukkan kebaikan dan belas kasihan yang sama di rumah. Sebab anak kecil lebih cepat belajar dengan melihat. Kita adalah role model terbaik buat mereka. Jadi pastikan kita menjadi contoh terbaik setiap masa.
 
.
 
Walaupun tetap sayang, ada kalanya kita boleh terlupa untuk mengeratkan hubungan bersama anak. Mengeratkan hubungan dengan anak tidaklah senang apatah lagi bila kita selalu sibuk dengan kerja dan tekanan hidup setiap hari.
 
.
 
Namun, adalah menjadi harapan semua ibu bapa agar anak mereka membesar dengan penuh kasih sayang dan dengan bimbingan yang tepat. Jom jadi ibu bapa yang mempunyai masa berkualiti bersama anak tersayang.
#ampacitujihad #anak
 
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *