Ibu Bapa Perlu Lakukan 5 Perkara Ini Supaya Anak Mencontohi Anda. Mudahnya!

Bestnya kalau ANAK buat perkara baik!
Bestnya kalau ANAK tunjuk sikap rajin!

Bestnya kalau ANAK membantu orang!

 
.
 
Anak merupakan amanah yang harus dijaga dengan baik oleh setiap ibu bapa. Ibu bapa merupakan cermin bagi anak-anak kerana apa yang dilakukan oleh ibu bapa cenderung untuk ditiru oleh anak-anak.
 
.
 
Kanak-kanak ibarat kain putih, kita sebagai ibu bapalah yang berperanan untuk mencorak peribadi mereka. Oleh itu, ibu bapa harus tunjukkan perilaku yang baik sebagai panduan buat anak-anak.
 
.
 
Nak tahu apa yang patut anda lakukan di hadapan anak anda? Jom baca sama-sama.
Slide1
 
.
Slide2
1. CIUM DAN PELUK PASANGAN DEPAN ANAK.
Mungkin sesetengah ibu bapa jarang untuk mempraktikkan perbuatan ini di depan anak-anak. Apa kata sekali sekala anda cuba cium dan peluk pasangan anda di depan anak-anak. Penting untuk ibu bapa pamerkan sifat penyayang di depan mereka.
.
Secara tidak langsung, perbuatan tersebut juga dapat mengajar mereka untuk saling memupuk unsur kasih sayang dan hormat-menghormati. Namun, harus diingatkan, cium dan peluk pasangan sendiri sahaja ya! Jangan buat gila ya.
 
.
Slide3
2. SENTIASA MENOLONG PASANGAN ANDA.
Tidak ada salahnya, sekiranya anda ringankan tulang membantu pasangan yang sedang sibuk melakukan kerja rumah seharian. Contohnya, melipat kain, memandikan anak, mengemas ruang tamu dan sebagainya.
.
Walaupun pertolongan anda tidaklah sebesar mana, tetapi amat bermakna pada pasangan anda kerana sedikit sebanyak anda telah meringankan beban kerjanya. Ianya sekaligus dapat mengajar anak-anak bahawa sifat saling bantu membantu adalah penting dalam kehidupan seharian.
 
.
Slide4
3. SELALU MENGUCAPKAN TERIMA KASIH SEBAGAI PENGHARGAAN.
“Terima Kasih Sayang”. Cuba praktikkan ayat power ini setiap kali pasangan anda melakukan sesuatu untuk anda. Bukan sahaja dapat menenangkan hati, tetapi dapat menyemarakkan lagi kasih sayang antara anda dan pasangan.
.
Seterusnya dapat mendidik anak anda yang melihat untuk menghargai usaha seseorang dan bertimbang rasa terhadap perasaan orang lain. Anda juga boleh mempraktikkan ucapan ini untuk anak serta jangan lupa cium pipinya sekali!
 
.
Slide5
4. MEMOHON MAAF SETIAP KALI MELAKUKAN KESALAHAN.
Walaupun nampak mudah, tetapi memohon maaf dan mengakui kesilapan sendiri adalah perkara yang paling sukar untuk dilakukan bagi sesetengah individu. Lebih-lebih lagi dalam perhubungan suami isteri.
.
Mengakui kesilapan dan memohon maaf dari pasangan dapat memberi kesan positif kepada anak yang melihat. Mereka akan belajar untuk tidak menjadi ego untuk memohon maaf sekiranya melakukan kesilapan.
 
.
Slide6
5. MEMBERI BANTUAN PADA ORANG YANG MEMERLUKAN.
Tentu anda mahu jadi role model buat anak anda kan? Anak-anak cepat belajar bila tengok apa perbuatan yang kita lakukan, Bila ternampak orang nak masuk lif tolong tekankan butang, Bila ada orang tercicir duit dalam longkang, ajak anak anda bantu bersama.
.
Secara tidak langsung, mereka akan terbiasa dengan sikap bantu membantu dan menganggap anda sebagai hero mereka. Siapa tak bangga kan!
.
JOM MENJADI CONTOH TERBAIK BUAT ANAK-ANAK ANDA =)
#ampacitujihad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *