4 CARA EFEKTIF MEMUJI ANAK YANG MAMA PAPA PERLU TAHU !

4 CARA EFEKTIF MEMUJI ANAK YANG
MAMA PAPA PERLU TAHU !

1

.
 
Cara berkomunikasi dengan anak ada tekniknya tersendiri, termasuklah semasa memberikan kata-kata positif atau pujian. Memuji anak dengan tepat mengikut ahli psikologi, mereka mendapat kesan luarbiasa daripadanya. Jadi jom kita ambil tahu 4 cara ini.
 
.
2
 
1. PUJI USAHA, BUKAN HASILNYA.
Perkara pertama yang harus diingat ketika memuji anak ialah puji mengikut usaha yang dia telah tunjukkan, bukan hasilnya. Dengan memanamkan ‘mindset’ ini, anak-anak akan rasa lebih termotivasi meningkatkan potensi diri dan berani mencuba walaupun apa jua hasilnya.
.
Contohnya:
a) “Beraninya kamu masuk pertandingan pidato!” (Salah)
b) “Mama nampak kamu dah banyak berlatih bercakap dikhalayak ramai. Patutlah kamu dah berani masuk pertandingan pidato!” (Betul)
.
Jika kita sekadar memuji hasilnya, anak akan cenderung kecewa sekiranya mereka tidak mampu melakukan sesuatu dengan baik seperti apa yang mereka harapkan.
 
.
3
 
2. KATA-KATA YANG SPESIFIK.
Tidak cukup sekadar berkata “Pandainya anak Mama!”, tetapi cara berkomunikasi dengan anak yang betul adalah lebih spesifik. Anak-anak perlu tahu secara terperinci apakah perbuatan yang menyebabkan anda berasa bangga dengannya. Dengan cara ini, mereka dapat belajar dan mengembangkan sesuatu kemahiran dengan lebih baik.
 
Contohnya:
a) “Wah, hebat persembahan kamu!” (Salah)
b) “Wah, Papa suka gaya tangan dan intonasi suara kamu!” (Betul)
 
.
4
 
3. PUJI DENGAN IKHLAS / REALISTIK
Anak-anak sebenarnya lebih sensitif dan intuitif berbanding apa yang anda sangkakan. Jadi, jangan ambil remeh dan elakkan pujian ‘sepintas lalu’ kerana mereka tahu membezakan sama ada anda betul-betul ikhlas atau sekadar mengambil hatinya. Walaupun niat kita murni, anak tidak perlu dipuji setiap masa. Hanya puji mereka pada tempat dan waktu yang tertentu sahaja sudah memadai.
 
Kita perlu ingat bahawa pujian adalah medium untuk melatih keyakinan anak dan tidak wajar digunakan untuk memanjakan anak. Misalnya, jika dia kalah dalam pertandingan, kita tidak boleh memuji dan mengucapkan tahniah padanya hanya untuk mengelakkannya bersedih. Kita perlu mengajar anak untuk menerima kenyataan dan memberi kata semangat untuk menghadapi kekalahan tersebut.
 
Seperti tabiat terlebih memuji, memuji tidak kena pada tempat juga mampu memberi kesan buruk pada tahap keyakinan anak.
 
.
5
 
4. TIDAK MEMBANDINGKAN
Secara tidak sedar, ada kalanya dalam pujian kita ada terselit unsur perbandingan yang tidak sepatutnya.
 
Contohnya:
a) “Kakak memang hebat dapat no.1 dalam pidato, adik kena rajin-rajin berlatih ya supaya nanti boleh jadi macam kakak.” (Salah)
b) “Kakak dah berusaha dan korbankan banyak masa untuk pertandingan pidato. Syukurlah dia dah berjaya.” (Betul)
 
Sebagai anak, kita mesti tidak suka dibandingkan walau apa jua alasannya. Tambahan pula, ibu bapa perlu mengetahui hakikat bahawa setiap individu adalah unik dan tidak mempunyai minat mahupun kebolehan yang sama.
 
.
 
BONUS, anda boleh buat ‘high five’ dengan anak apabila mereka siap mengemaskan mainan. Dan anda boleh memberi senyuman yang paling manis sambil menggosok belakangnya apabila mereka sedang belajar dan menyiapkan kerja sekolah. Mudah, bukan?
 
.
 
JANGAN SAMPAI ANAK ‘KETAGIH’ SANJUNGAN
Anak-anak yang terlalu sering dipuji akan hilang rasa keyakinan pada diri sendiri. Bila terlalu biasa dengan kata-kata penghargaan daripada kita, akan terbit suatu perasaan yang dahagakan pujian. Perasaan ini akan membuatkan anak sentiasa mahu mendengar kata-kata pujian dan seterusnya akan sentiasa merasa tidak yakin dengan kebolehan diri.
 
.
 
Semoga anak-anak kita semua akan menjadi seorang yang lebih optimis dalam apa jua yang dilakukannya. Tidak kiralah sama ada ia membuahkan hasil atau sebaliknya! =)
#ampacitujihad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *