5 TIPS ATASI MALAS

MALAS macam mana sekalipun kalian, tolonglah RAJIN untuk baca ni SAMPAI HABIS..

Slide2

#1 INGAT MATLAMAT DAN SASARAN

Kalau MATLAMAT dan SASARAN kita BESAR dan JELAS, benda-benda lain akan jadi KECIL. MALAS pun dah jadi KECIL sampai tahap kita MALAS dah NAK MALAS.

.
Kalau saya, saya akan meletakkan SYURGA sebagai MATLAMAT utama. Jadi, apa pun yang saya buat, saya akan pastikan ALLAH SUKA, NABI MUHAMMAD BANGGA dan MAK AYAH GEMBIRA.

.
Bila SYURGA menjadi MATLAMAT, kita takkan LARAT untuk MALAS. Insyaallah.

Slide3

#2 SUSUN DAN MUDAHKAN JADUAL BELAJAR

JADUAL ni tak semestinya macam jadual dalam KELAS tau. Siap ada KOTAK dan masa bagai tu. Boleh nak buat macam tu, tapi ketika perlaksanaan, adakah kita boleh mendisplinkan diri mengikut jadual dan bagaimana kita nak pastikan tiada faktor KETIGA yang boleh MENGGANGGU jadual tersebut?

.
Jadi, saya SARANKAN, kalau kita nak buat JADUAL, mulakan dengan apa yang kita nak CAPAI hari tersebut. BEGIN with the END. Kalau dah TAHU apa kita nak CAPAI dan GAPAI, maka mudah untuk susun perancangan sama ada HARI, TAHUN atau BULAN.

.
Saya teringat USTAZ saya pernah BERPESAN, jika kamu GAGAL untuk MERANCANG, maka sebenarnya kamu MERANCANG untuk GAGAL. Oleh itu, rajin-rajinlah untuk merancang ye.

Slide4

#3 REHAT DAN TIDUR YANG MENCUKUPI

Manusia ni KUAT macam mana pun tetap perlu REHAT. Kalau tak REHAT, prestasi pasti akan MERUNDUM. Senang cerita, kalau tak CUKUP REHAT, badan akan CEPAT PENAT dan KEMALASAN akan bermaharajalela.

.
Saya tak nak AJAR pun nak tidur berapa jam bagai tu, tapi saya suka untuk kongsikan cara untuk mendapatkan tidur yang BERKUALITI.

.
Kalau boleh, jangan mengadap fon sebelum tidur. Tambahan pula mengadap fon dalam gelap. Selain daripada dapat merosakkan mata, ia juga akan mengganggu sistem otak kerana saraf mata akan memaksa otak bekerja pada bukan masanya.

.
Benda yang paling SERONOK untuk mendapatkan TIDUR yang BERKUALITI adalah dengan BERBISIK pada BANTAL. “Weyhh, tolong bagi aku tidur yang best tau!!!”

.
Sebenarnya kita bukan berbisik sangat pada BANTAL, tapi sebaliknya kita berdoa kat ALLAH supaya bagi tidur yang berkualiti. Minta REHAT yang sebenarnya REHAT untuk kita lebih BERSEMANGAT menyambung JIHAD.

Slide5

#4 BERSENAM DAN BERSUKAN SETIAP HARI

Sedar atau tidak dengan BERSUKAN dapat menjadikan kita rajin. Hal ini kerana apabila kita AKTIF, Oksigen akan MENGALIR dalam darah dengan BAIK.

.
Peredaran darah dan oksigen yang baik mampu menjadikan badan kita lebih CERGAS dan mendorong OTAK menjadi CERDAS.

.
Mungkin ada yang memberi ALASAN tiada masa untuk bersenam, maka pendekatan terdekat yang boleh kita ambil adalah menggunakan apa yang ada di sekeliling kita untuk bersenam.

.
Antaranya ialah menggunakan tangga berbanding lift, parking kereta jauh dari tempat tujuan supaya dapat berjalan jauh dan anda juga boleh melakukan senaman ringan seperti tekan tubi dan sebagainya sebaik sahaja bangun dari tidur.

.
Pendek kata, nak BERSENAM ni antara NAK dan TAKNAK je. Kalau nak bagi ALASAN, benda TAK LOGIK pun boleh DIFIKIRKAN.

Slide6

#5 BERKAWAN DENGAN MEREKA YANG POSITIF

KAWAN TAK PENTING tapi KAWAN SANGAT PENTING. Kalau kita berkawan dengan orang MALAS, kita akan jadi malas, dan kalau kita berkawan dengan orang yang RAJIN, Insyaallah kita akan jadi RAJIN.

.
Bukan nak cakap kita ni mudah TERPENGARUH dengan KAWAN, tapi hakikatnya KAWAN akan mempengaruhi PERSEKITARAN.

.
Bayangkan kita ni memang jenis PEMALAS, tak pernah nak SIAPKAN kerja rumah. Tapi kawan-kawan kita dalam KELAS semuanya siap kerja rumah mereka. Apa yang kita akan lakukan?

.
Kalau saya, saya akan rasa malu. Ye lah kan, kalau kena marah pun, saya sorang je kena marah. Malu lah. Mana nak letak muka. Jadi, nak taknak saya akan paksa diri saya untuk siapkan kerja rumah. Barulah saya boleh geng dengan semua.

.
Tu baru KERJA RUMAH tau. Belum lagi perkara-perkara lain.

.
Jadi, berkawanlah dengan mereka yang POSITIF untuk kita mengatasi penyakit MALAS.

#ampacitujihad
#ampac2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *