KEMBALI KE SEKOLAH ! ALAAA CUTI DAH HABIS KE?

Cuti panjang memang menyeronokkan, apalagi bagi anak-anak kita.

Mereka dapat melupakan tugas-tugas sekolah, bangun lebih lambat dan tidur lebih lewat. Bebas bermain dengan gajet, sosial media dan koleksi permainan. Juga lebih bebas bermain bersama kawan-kawan dan saudara-mara tanpa perlu fikir esok hari harus pergi ke sekolah.

Namun ketika cuti berakhir, sebahagian anak merasa malas untuk kembali menghadapi tempat bernama sekolah kerana terbiasa dengan suasana cuti yang santai.

Malas bangun pagi, antara perkara yang susah ditinggalkan. “Game” seperti mobile legend, pubg, plato dan tiktok lagi la mereka bimbang sebab tidak boleh main seperti waktu cuti.

Lalu bagaimana cara nak bagi kembali bersemangat?

AMPAC punya beberapa tips gempak untuk ibu bapa, berikut di antaranya:

1. Ingatkan Anak Dengan Rutin Sekolah

Aktiviti cuti sekolah yang santai membuat anak mudah terbuai. Sebelum memasuki sekolah semula, ingatkan anak akan semua kelengkapan sekolah seperti menyiapkan buku yang harus dibawa dan kelengkapan seperti pensil yang belum dibeli. Ini bertujuan untuk menyiapkan mental anak, supaya tidak berasa malas dengan perubahan dari mental cuti sekolah menjadi mental kembali ke sekolah. Lagi “best” sekiranya ibu bapa bantu menyiapkan sekali.

2. Motivasikan Anak

Ingatkan anak akan pasal cita-citanya. Ingatkan mereka perkara yang menarik di sekolah. Seperti “Along nanti pergi sekolah boleh jumpa kawan-kawan dan bermain dengan kawan-kawan”. Ibu Bapa boleh menggunakan kata-kata motivasi dengan pelbagai cara. Cuma mestilah bertulis dan ada gambaran agar anak dapat membayangkan dengan lebih mudah. Contoh, ambil satu kertas dan lukiskan cita-cita anak diiringi dengan kata-kata. “Along nak jadi Doktor kan, kena rajin ke sekolah baru boleh capai matlamat along untuk membantu orang ramai”.

3. Fokus Pada Pengalaman Yang “Best!”

Buat anak fokus pada aktiviti yang pernah anak alami di sekolah, seperti anak pernah menjuarai pertandingan pidato di sekolah. Mungkin pernah menang catur peringkat negeri dan berjaya dalam aktiviti sukan seperti bola sepak. Ini semua akan membuatkan anak berasa seronok sebab anak telah mencapai sesuatu dalam kehidupan di sekolah. Beritahu yang cikgu sangat tak sabar nak jumpa dengan anak sebab anak kita selalu buat cikgu kagum. “Along kan pelajar hebat!”. Jadi kena rajin pergi sekolah.

InsyaAllah, dengan 3 tips ini harap dapat membantu ibu bapa diluar sana. Sebenarnya banyak lagi cara untuk kita “tackle” anak kembali bersemangat, yang penting ibu bapa perlu memainkan peranan dan anda tahu bagaimana untuk menguruskan anak anda.

Jadi kami di Akademi AMPAC ingin mengucapkan Selamat Kembali ke Sekolah kepada adik-adik semua. BANGKIT dari lena, terus berjuang demi masa depan yang cerah.

Salam Ceria daripada:

Warga Akademi Ampac

4

Ohhh Sekadar nak beritahu yg AWAL TAHUN 2019 akan ada Seminar Bangkit. Dekat mana? AMPAC buat di Hotel Tenera.
BANGKIT!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *