Rahsia Tersembunyi Dalam Aktiviti Mudah

Assalamualaikum semua

Pada minggu lepas Abang Yien ditugaskan untuk menggantikan Abang Taqi untuk sesi Bijak Berbicara untuk kelas remaja. Sesi kelas berjalan lancar. Ada pertambahan bilangan pelajar baru seramai tiga orang dan mereka pun kelihatan baik sepanjang sesi.

Sesi bermula dengan latihan untuk perenggan pertama. Kelihatan beberapa yang sangat bagus, ada yang biasa-biasa. Mungkin kerana mereka masih kekok. Apabila masuk ke perenggan ketiga, ada yang belum berjaya menguasai intonasi ‘bersemangat’. Apa yang terjadi ialah mereka akan menjerit, bukannya menaikkan intonasi suara.

Tetapi pengajaran yang sebenar yang Abang Yien nampak ialah apabila mereka dibahagikan secara berpasangan.

Tugasan mereka, pilih antara mereka siapa A dan siapa B. A akan buat latihan pidato dahulu dan B harus melihat persembahan A dan memberikan komen. Kemudian tukar. Apa yang Abang Yien dapat rumuskan boleh dibahagikan kepada 3 bahagian.

Bahagian 1 – Seorang buat main-main, “not taking the session seriously”, akhirnya partner dia hanya cakap benda yang negatif. “Dia tak senyum”, “Dia main-main”, “Dia banyak gelak”. Kita boleh lihat disini, apabila kita tidak serius di waktu kita perlu serius, orang lain hanya akan nampak keburukan kita.

Bahagian 2 – Keduanya mencuba yang terbaik. Bila ditanya ‘Apa kelebihan persembahan pidato dia?’, jawapannya hanya ‘Kelebihan tidak ada, hanya kekurangan’. Bila ditanya pada seorang lagi, sama. Hanya nampak kekurangan, tiada kelebihan. Kita boleh saksikan, apabila kita hanya melihat sesuatu yang negatif pada orang lain, orang lain juga akan nampak yang negatif sahaja daripada kita.

Bahagian 3 – Percubaan kedua mereka nampak biasa-biasa. Tetapi apabila diminta berikan komen, kedua mereka memuji antara satu sama lain. ‘Senyuman dia best. Suara dia jelas.’ Rumusannya, bila kita melihat yang terbaik daripada orang, InsyaAllah orang akan nampak kebaikan atau kelebihan diri kita juga.

Jadi pilihan di tangan kita. Menjadi contoh pertama, atau kedua mahupun ketiga?

 

Abang Yien
AMPACoach Yien

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *