3 SEBAB REMAJA PERLU BERHENTI MEROKOK! Sebab Ketiga Memang POWER!

Assalamualaikum semua yang sedang membaca artikel kali ini. Wahhhh semua nampak CERIA sekali !

Hari ini saya nak mencoret tentang isu yang cukup popular di kalangan remaja.

Apakah dia? Berhenti Merokok !

Semua orang tahu rokok itu merosakkan kesihatan. Rokok mengandungi 4000 jenis racun di dalamnya. Rokok mengundang 1001 penyakit berbahaya. Kesan buruknya bukan sekadar kepada perokok malah mereka yang berada di sekitar perokok.

Kasihan perokok… Hari-hari orang menyumpah seranah atas sikap mereka. Hari-hari juga orang terdetik di hati mendoakan yang tidak elok kepada mereka.

Zaman sekarang ini, boleh dikatakan semua jenis sekolah ada pelajar yang menghisap rokok.

Lagi sedih apabila pelajar sekolah rendah pun telah menjadi seorang perokok. Mereka seolah-olah tidak tahu akan keburukan merokok.

Sedangkan begitu banyak kempen atau di media sosial yang menceritakan tentang keburukan malah ada yang siap dengan “cara-cara” berhenti lagi.

Hari ini saya nak sentuh 3 Sebab Anda Perlu Berhenti Merokok yang saya rasa pelajar hari ini wajib tahu.

 

PERTAMA: AGAMA

Yang pertama ialah faktor agama.  Semua sedia maklum bahawa rokok adalah HARAM hukumnya di sisi Islam. Jelas fatwa ini. Jelas juga hukum ini.

Dan keputusan tersebut telah disebarkan di banyak ceramah di surau-surau dan masjid-masjid.  Malah, ada sebahagian institusi agama mengeluarkan poster kempen memaklumkan tentang pengharaman merokok.

Baiklah, soalan saya mudah. Siapakah BIG BOSS kita? Siapakah TUHAN kita? Dan kepada siapakah kita MEMINTA?

Semestinya jawapannya adalah Allah S.W.T..

Maka siapa kita nak lawan BIG BOSS? Maka siapa kita nak mendabik dada di depan Tuhan?

Dan sanggupkah kita menadah tangan berdoa dengan tangan yg sama memegang rokok setiap hari?
Sanggupkah kita mengungkap doa dengan bibir sedangkan bibir itulah huga menghisap perkara haram setiap hari?

Yang kelakarnya, lepas tu mengadu kat orang yang doanya tak dimakbulkan! Sangat kelakar!

Sayang Allah bukan? Nak Allah sayang? Patuhlah perintah Allah dan tinggalkan larangan-Nya.

 

KEDUA: KELUARGA

Faktor yang kedua yang selalu saya jumpa ialah kerana SAYANGKAN ahli keluarga, terutamanya terhadap kesihatan ahli keluarga mereka.  Saya mempunyai beberapa orang rakan yang berhenti disebabkan oleh faktor ini.  Selepas mak ayahnya mendapat tahu yang anak mereka menghisap rokok, kasih sayang mak ayah terus pudar!

Saat itu mak mula menangis dan ayah mula memarahi. Perkara ini telah menyebabkan hati seorang ibu berkecai dan terpaksa menanggung beban serta tekanan perasaan yang mana anaknya ketagih kepada rokok. Ayah pula? Putus harapan untuk melihat anaknya menjadi lebih hebat daripadanya!

Jadi sewaktu cuti sekolah adalah waktu yang terbaik untuk berhenti menghisap rokok. Ya, BERHENTI!

Seperti yang telah saya sebutkan di atas, bukan senang hendak berhenti merokok.  Namun, disebabkan oleh kasih-sayang dan tidak mahu menyebabkan hubungan adik-beradik serta dengan mak ayah menjadi keruh, maka dikorbankan tabiat tersebut.  Betapa besar kasih sayang mak ayah terhadap anak-anak yang berjaya menukarkan diri dari perokok tegar kepada tidak merokok.

Persoalannya, anda tak pedulikah tentang mereka?

KETIGA: DUIT

Faktor yang ketiga adalah DUIT. Orang selalu cakap berhenti rokok dapat menjimatkan duit dan mempunyai simpanan. Tetapi remaja hari ini tidak boleh menerima dengan sekadar bercakap begitu saja. Mereka tidak nampak erti jimat dan pembaziran itu.

Jom kita buat kira-kira agar remaja yang sedang membaca ini jelas dan nampak kelebihan ini. Lebih-lebih lagi sewaktu cuti sekolah ini.

Satu kotak rokok bersamaan dengan RM17 (Rokok paling mahal) dan bayangkan pelajar remaja kita menghisap sekotak rokok dalam masa satu hari.

Jika anda berhenti seminggu anda akan mendapat RM119 (17 x 7) dan dengan adanya duit ini boleh membeli sebuah jam Casio ataupun kasut futsal. Tu baru SEMINGGU beb!

Jika anda berhenti selama sebulan anda akan dapat menjimatkan wang sebanyak RM510 (17 x 30) dan anda boleh membeli sebuah telefon berjenama Asus, Samsung & Lenovo. Tu baru SEBULAN beb!

Jika anda berhenti setahun anda boleh ada duit sebanyak RM6205 (17 x 365) dan anda sudah mampu membeli motosikal berjenama Yamaha LC. Nah, puas hati!

Cuti sekolah ini, jom buang terus tabiat merokok agar diri kita dipelihara oleh Allah dan menikmati manfaatnya. Berhentilah merokok bermula sekarang agar membantu kita untuk terus berhenti buat selamanya.  Semoga Allah mempermudahkan niat dan azam anda untuk berhenti merokok!

Ingat, anda adalah masa depan ummah! Jangan biarkan masa depan ummah diselebungi kabus dan asap yang menyesakkan!

Hasil Tulisan Daripada Hati Buat Remaja di Luar Sana:
AMPACoach Ayie
www.programcutisekolah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *