Produktiviti Hebat Cuti Sekolah! BERDEBAT DGN ANAK? Cara Keempat Memang POWER!

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.. cuti sekolah semakin dekat dan inilah masanya untuk anda tahu apakah aktiviti atau lebih tepat PRODUKTIVITI yang patut kita berikan kepada anak-anak sepanjang cuti sekolah mereka.

Antara yang menarik dan ‘rare’ adalah berdebat! Ya, BERDEBAT! Debat yang sihat, beradab dan merangsang minda.

Kenapa perlu berdebat dengan anak-anak? Jom kita tengok sebab-sebabnya!

Definisi Debat

Bagi memudahkan anda faham apa istilah sebenar berdebat ialah merupakan perbahasan dan pertukaran pendapat mengenai sesuatu isu dengan saling memberi alasan yang disertakan maklumat, bukti dan data yang kukuh bagi mempertahankan pendapat masing-masing.

Debat juga sering kali diadakan dalam bentuk pertandingan yang dilakukan di sekolah-sekolah dan universiti. Bunyi macam menarik je kan? Memang sangat-sangat menarik sekiranya kita mengaplikasikan rekreasi minda sebegini bersama anak-anak.

Oh ya, tak perlu bayangkan yang kita akan berdebat dengan anak-anak seperti pertandingan debat ye. Tiada kerajaan dan pembangkang. Tiada hakim dan penjaga masa.

Macam mana aktiviti berdebat ini dilaksanakan?

Mesti anda tertanya-tanya adakah berdebat ini akan menimbulkan kemarahan atau rasa tidak puas hati anak-anak nanti? Ye lah, berdebat ni kan memerlukan kita memenangkan apa yang kita percaya.

Jangan risau, berdebat ini banyak caranya jika kita melaksanakannya secara praktikal dan lebih santai.

IMG_6066

  1. Carilah topik-topik yang terhangat yang boleh diperdebatkan dengan anak-anak.
  2. Tanya setiap anak apa pendirian mereka tentang isu tersebut. Mohon diingat ye anak mana yang setuju dan yang mana tidak setuju. Mudah kita nak tanya soalan yang betul kepada orang yang betul.
  3. Anda mulakan debat dengan berkata, “ibu tengah mencari jawapan mana yang terbaik… Kenapa Along sokong topik perbincangan kita hari ini? Angah pula bagaimana?”
  4. Biarkan mereka meluahkan apa yg terbuku di hati. Tugas anda adalah memastikan seorang demi seorang berbicara. Elakkan mereka menyampuk. Beritahu bahawa mereka akan diberi peluang untuk menyatakan pendapat mereka.
  5. Jika ada anak yang nampak senyap, anda meriahkan keadaan dengan soalan. Soalan yang mudah. Yang sesuai dengan umur dan pemikiran anak tersebut.
  6. Di akhir perdebatan, anda perlu nyatakan apakah pendirian anda. Ini perlu. Kerana jika tidak, anak-anak anda akan dibiarkan hidup dalam dilema dan tertanya-tanya. Jangan takut untuk berkata benar. Beritahu pendirian tanpa menghukum mereka yang tidak sependapat dengan anda.
  7. Malah anda patut PUJI semua yang ada kerana mereka berjaya berfikir dan meluahkan apa yang difikirkan!  Ini juga bagus untuk latihan mengendalikan EMOSI!

Asah minda dan tajam kan pemikiran.

Rekreasi kan minda anak-anak dengan aktiviti sebegini semasa cuti sekolah. Subhanallah sangat banyak manfaatnya!! Hanya dengan berdebat; sudah semestinya minda anak-anak makin mudah untuk mencetuskan idea secara spontan dan berbicara bak burung murai yang petah. Dalam masa yang sama, terbang tinggi dan gah seperti helang yang melihat secara makro bukan sekadar hal picisan.

Sangat banyak jika saya senaraikan di sini dan lagi bagus sekiranya anda cuba buat semasa cuti sekolah nanti dan lihat kesannya sendiri. Bagi anak-anak yang kurang berkomunikasi, cara ini sangat perlu untuk meningkatkan tahap keyakinan mereka. Insya-Allah dipermudahkan.

 

Cuti sekolah semakin dekat,
Ayah, ibu dan anak perlu berdebat,
Kongsi kan isu dan topik yang berkat,
Supaya mereka menjadi anak yang hebat.

 

Dikongsi daripada hati yang suci,

Cik Mai.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *