IDEA BERNAS Untuk Cuti Sekolah! Paling Mudah Adalah No.1 !

Nak Buat Apa Cuti Sekolah Ni?

Cuti sekolah bakal tiba. Anak-anak riang gembira. Cuti sudah dipohon. Ibu bapa sudah bersiap dengan segala persediaan yang dirasakan perlu. Inilah peluang untuk meluangkan masa berkualiti dengan anak-anak.

Tetapi, ibu bapa pula macam mana? Lebih-lebih lagi bagi ibu bapa bekerjaya yang susah nak minta cuti untuk pergi melancong. Jangan risau tuan-tuan dan puan-puan.

Menjadi ibu bapa boleh membuatkan kita jadi kreatif. Inilah masa untuk kita luangkan untuk anak-anak. Selain itu, kita juga boleh belajar kemahiran baru. Berikut ialah apa aktiviti yang boleh dirancang bagi memenuhi cuti sekolah anak-anak:

  1. Melayari laman web yang mesra kanak-kanak. Laman web yang mesra kanak-kanak menjadikan pembelajaran berjalan dengan menarik. Ibu bapa juga tidak perlu risau dengan maklumat yang bukan-bukan yang keluar di internet. Anak-anak dapat berseronok sambil belajar. Antara senarai laman web yang bagus untuk kanak ialah:

  1. Mengajar anak memasak. Anak-anak yang diberi tugas menguruskan hal di dapur kebiasaannya akan berbangga dengan diri sendiri kerana mampu untuk menyajikan makanan kepada keluarga. Biarkan mereka memasak sesuatu yang mudah sebagai permulaan seperti membakar kek yang tidak memerlukan alatan tajam.

  1. Tugaskan anak-anak dengan kerja rumah yang mudah. Ibu bapa boleh letakkan tugas yang mudah-mudah untuk anak-anak seperti menyusun kasut, mengelap meja selepas makan dan memvakum karpet. Selain daripada rumah yang kemas, ia juga membantu anak-anak untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan persekitarannya.
    .
    Tugasan ini juga dapat menguatkan dan memperkembangkan sensory motor skills anak-anak. Artikel berkaitan boleh dilihat di laman web http://theinspiredtreehouse.com/chores-for-kids-developmental-skills/.
    .
  2. Bermain permainan yang merangsang stimulasi anak-anak. Bermain merupakan kerja bagi anak-anak. Biarkan mereka bermain dan menerokai alam kanak-kanak. Semasa cuti sekolah, ibu bapa boleh menyediakan pelbagai aktiviti menarik yang bagus sebagai rangsangan stimulasi anak-anak. Antara permainan yang bagus untuk stimulasi anak-anak ialah bermain board game.Sekarang kita boleh dapatkan pelbagai jenis board game yang menarik di kedai-kedai buku dan pasaraya. Apa kata kita luangkan masa bersama anak-anak dengan permainan seperti Scrabble, Monopoly, catur dan sebagainya. Di samping berseronok anak-anak juga dapat mengasah minda mereka dengan permainan ini.
    .
    .
  3. Kelas cuti sekolah. Untuk ibu bapa yang bekerja dan tiada masa untuk bercuti bolehlah masukkan anak-anak ke kelas cuti sekolah supaya ada aktiviti yang bermanfaat yang boleh mereka lakukan. Antara kelas-kelas yang bagus untuk mendaftarkan anak-anak ialah kelas seni pertahanan diri, kelas Al-Quran, kelas bahasa, kelas robotik, kelas seni dan juga kelas motivasi diri. Kelas-kelas cuti sekolah ini bukan sahaja memenuhi masa lapang mereka, tetapi boleh jadi sesuatu yang bermanfaat bagi mereka di masa hadapan.
    .
    Di AMPAC, kami menyediakan program cuti sekolah yang bagus untuk anak-anak di mana mereka akan dilatih untuk menjadi seorang yang lebih berkeyakinan dan di samping itu menjadi seorang anak soleh yang cemerlang dunia dan cemerlang akhirat. Program terbahagi kepada dua iaitu program Superstar Ummah untuk usia 7 – 12 tahun dan Superhero Ummah untuk usia 13 – 17 tahun. Maklumat berkaitan boleh dirujuk di laman web : https://programcutisekolah.com/.

Cuti sekolah bukanlah alasan untuk kita bermalas-malasan. Gunakan waktu terluang sebaik mungkin dengan aktiviti yang bermanfaat. Selamat bercuti semua!

Idea Bernas Ini Dijana Oleh

Cik Sakinah

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *