Cuti Sekolah ; WAKTU UNTUK BANGKIT! Bukan Sekadar ‘Membina Badan!’

Akhir-akhir ini kita kerap melihat viral-viral di media sosial tidak kiralah video, teks, atau gambar yang menunjukkan remaja kita mengeluarkan pandangan-pandangan yang kurang bernas dan tidak berjiwa besar.

Viral yang pertama, isu  soalan “Bila nak kahwin”  oleh makcik-makcik bila pulang ke kampung ketika raya. Yang menjadi viral adalah bila anak-anak muda menjawab persoalan itu dengan tidak berhemah dan mungkin kelihatan seperti kurang ajar dan tidak beradab. Antara jawapan-jawapan yang ada, “Eh, makcik bila pulak nak meninggal ..” , ada juga yang menjawab “ tu la, saya tunggu suami makcik untuk pinang saya, tapi tak masuk-masuk pulak ..”

BERJIWA KECIL

Kalau diamati jawapan-jawapan yang diberikan, kita boleh melihat, betapa kecilnya jiwa anak remaja kita. Mudah sentap dan tidak mampu untuk berhujah menggunakan akal yang waras. Jawapan-jawapan simplistik seperti ini seolah menunjukkan yang anak remaja kita lemah semangat dan tidak mempunyai jiwa yang besar.

Untuk tidak menunjukkan mereka ini lemah, mereka mencari kelemahan orang lain sebagai backup! Mungkin makcik itu memang benar-benar bertanya, dan mungkin juga makcik itu sekadar mahu bersembang ketika raya. Kalau berjiwa besar, anak-anak remaja belia ini akan menjawab, “Insha-Allah, tahun depan, doakan ye makcik..” kan molek begitu. Harapan dan semangat kena ada barulah kita dipandang tinggi.

Pelik bukan, perkara yang sebegini tidak mampu menjadi juara, tetapi remaja dan belia kita menjadi juara kepada perkara yang bukan-bukan. Lumba haram, Seks bebas, rokok, dan pelbagai gejala sosial yang lain. Kalau diperhalusi kembali, perkara-perkara sebegini memerlukan skill dan sukar untuk dilakukan.  Tetapi mereka berjaya lakukan dan mampu mengajar orang lain pula.

GERGASI SUDAH BANGUN

Nah, kita dapat lihat sebenarnya anak remaja kita ini sebenarnya mampu untuk lakukan, cuma mereka perlukan RUANG dan PELUANG untuk mereka menjadi insan yang hebat. Sebelum kita fokus pada akademik, adalah lebih baik kita INSTALL adab dan budaya. Lorongkan mereka pada jalan yang betul suapaya ini akan menjadi kebiasaan dalam diri mereka. Ketahui minat mereka , dan sentiasa mendampingi anak-anak remaja ini. Mereka masih tercari-tercari ikon untuk mereka ikut. Pabila GERGASI dalam diri mereka sudah bangun, lihatlah nanti , mereka akan jadi sangat hebat!!!

Nasihat saya kepada semua untuk sama-sama kita berganding bahu, selamatkan mereka! Kita dahulu kena mulakan!!!

JANGAN CUTI SEPENUHNYA

Cuti Sekolah inilah masanya untuk membangunkan potensi anak-anak remaja kita. Jangan biarkan mereka untuk terus tidur di musim cuti sekolah. Isikan masa mereka dengan perkara yang memberikan impak yang besar. Bukan semata-mata motivasi malah skil yang boleh mereka aplikasikan bila musim persekolahan sudah bermula. Mereka akan lebih menghargai kita dan meeka pastinya akan jadi yang terbaik bukan sahaja untuk diri mereka malah untuk keluarga , masyarakat dan agama!

Ya , sekolah memang bercuti , tetapi bukan jiwa yang bercuti. Selagi mana jiwa ini bernafas, selagi itu terpikul tanggungjawab kita menjadi insan yang berguna. Tanamkanlah semangat dalam diri anak-anak untuk sentiasa menjadi yang terbaik dan menjadi contoh pada orang lain. Cuti Sekolah mereka ada masa. Jangan bazirkannya! Jangan aia-siakannya! Jangan dibuang setiap saat yang berharga! Pastikan masa yang kita laburkan untuk mereka pasti dapat pulangan yang berganda!

INGAT, CUTI SEKOLAH ADALAH MASANYA! MASA UNTUK BANGKIT!

 

Dikongsikan dengan penuh semangat oleh;

#AbgTaqi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *